CFMOTO 250SR Lite (2025) Terjah Pasaran Malaysia, Harga 'Marhaen', RM 9,988!
Kehadiran CFMoto 250SR Lite (2025) menyaksikan CFMoto Malaysia kini memiliki dua model dalam siri 'Lite' selepas turut melancarkan CFMoto 250NK Lite sebelum ini
PELANCARAN
10/25/20251 min read


CFMOTO Malaysia meningkatkan penawarannya dalam siri 'Lite' apabila melancarkan model 'Sportbike' suku liter terbaharunya, CFMoto 250SR Lite (2025) dengan pelancarannya berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) sempena GP Malaysia 2025.
Kehadiran CFMoto 250SR Lite (2025) menyaksikan CFMoto Malaysia kini memiliki dua model dalam siri 'Lite' selepas turut melancarkan CFMoto 250NK Lite sebelum ini.
Tampil dengan rekaan yang cukup 'sporty' dan ranggi, tetapi apa yang lebih menarik adalah harga jualan yang diumumkan iaitu RM 9,988 (asas).
Tiga pilihan warna tersedia iaitu:
Nebula Black
Gem Black
Zephyr Blue
Di bahagian trenkuasa, CFMoto 250SR Lite (2025) dipadankan dengan enjin bersesaran 249 cc, 1 Silinder, 4 Injap, Penyejuk Cecair, Suntikan Bahan Api, DOHC yang digandingkan dengan transmisi 6 kelajuan klac manual.
Kuasa dihamburkan adalah sebesar 27 Hp pada 9,750 rpm dan tork 22 Nm pada 7,250 rpm.
Apa yang menarik, sekalipun 'rahmah', CFMoto 250SR Lite (2025) turut dipadankan dengan beberapa ciri menarik antaranya klac assist & Slippper, sistem lampu LED penuh dan panel meter digital LCD penuh.
Sistem suspensi pula dijana fork teleskopik konvensional (depan) dan penyerap hentak tunggal (belakang).
Brek pula dijana cakera tunggal 292 mm (depan) dan cakera 220 mm (belakang) bersama sistem Brek Anti Kunci (ABS) dua saluran.
Turut tersedia adalah port pengecas USB Type-A dan Type-C, lampu kecemasan.
Informasi lain adalah seperti set roda 110/70-R17 (depan), 140/60-R17 (belakang), rim jenis aloi, tinggi pelana 780 mm, jarak lega bumo 135 mm, tangki bahan api 12 liter dan berat 165 kg.



















