CFMOTO 450MT Dapat Warna Baharu Versi 2026, Malaysia Menyusul?

Kehadiran warna baharu kepada CFMoto 450MT menurut CFMoto memberikan pilihan kepada penunggang yang inginkan imej lebih 'rugged' dan misteri berbanding warna ikonik biru-putih sebelum ini

TERKINI

1/17/20261 min read

SYARIKAT pengeluar motosikal gergasi China, CFMOTO mengumumkan kemas kini bagi model kembara popularnya, CFMoto 450MT (2026) untuk pasaran global, baru-baru ini.

Begitupun, perubahan yang berlaku nampaknya hanya membabitkan 'kosmetik' iaitu pilihan warna baharu yang dikatakan akan memberikan penampilan lebih segar dan matang buat peminatnya dengan rekaan dan spesifikasi teknikal kekal.

Dua pilihan warna baharu dan katanya lebih menarik itu adalah CFMOTO Blue dan Starlight Black.

Menurut CFMoto, kehadiran warna baharu ini memberikan pilihan kepada penunggang yang inginkan imej lebih 'rugged' dan misteri berbanding warna ikonik biru-putih sebelum ini.

Dan menariknya, tidak menunggu lama pilihan warna sama sudah pun 'mendarat' di pasaran negara jiran, Vietnam.

Ulas trenkuasa, CFMoto 450MT (2026) dipadankan dengan enjin 449 cc, 2 Silinder dengan cam 270-darjah yang menghasilkan 32.5 kW pada 8,500 rpm dan tork 44 Nm pada 6,250 rpm.

Ciri-ciri menarik antaranya:

▪ Suspensi KYB boleh laras sepenuhnya dengan jarak gerak 200 mm.

▪ Rim jejari 21-inci (depan) dan 18-inci (belakang).

▪ Sistem Kawalan Traksi (TC) Bosch dan ABS roda belakang yang boleh dinyahaktifkan.

▪ Berat 185 kg

Untuk rekod, ketika CFMOTO Malaysia melancarkan CFMoto 450MT di pasaran Malaysia pada awal 2024, ia diperkenalkan dengan dua pilihan warna iaitu Zephyr Blue dan Tundra Grey serta diumumkan pada harga RM 28,800 (asas).

Ada peluang ke kemas kini ini akan diperkenalkan MForce Bike? Rasanya peluangnya cukup tinggi.