CFMOTO 700MT Motosikal Paling Berbaloi MMOTY 2026

CFMoto Malaysia menjelaskan pengiktirafan terhadap CFMoto 700MT membuktikan keupayaan model berkenaan yang didorong oleh kombinasi mantap yang merangkumi prestasi enjin, keupayaan tunggangan jarak jauh serta ciri-ciri canggih yang mengutamakan penunggang

TERKINI

4/3/20261 min read

CFMOTO Malaysia menerusi model 'Sport touring' popularnya, CFMoto 700MT diangkap sebagai pemenang bagi anugerah Motosikal Paling Berbaloi pada Anugerah Motosikal Tahunan Malaysia (MMOTY) 2026.

Menurut CFMoto Malaysia, pengiktirafan terhadap CFMoto 700MT membuktikan keupayaan model berkenaan yang didorong oleh kombinasi mantap yang merangkumi prestasi enjin, keupayaan tunggangan jarak jauh serta ciri-ciri canggih yang mengutamakan penunggang.

Selain reka bentuk yang menarik, ia turut menawarkan praktikaliti untuk kegunaan harian dan keselesaan jarak jauh yang menjadikannya pilihan bijak bagi mereka yang mahukan kebolehpercayaan serta versatiliti, tanpa mengetepikan faktor harga yang mampu milik.

Dari aspek keupayaan mekanikal, CFMoto 700MT dikuasakan oleh enjin 693 cc, 2 Silinder Sebaris yang mampu menghamburkan 74 Hp pada 8,500 rpm dan tork 68 Nm pada 6,500 rpm.

Ketika pelancarannya pada tahun lalu, CFMoto 700MT diumumkan pada harga cukup menarik, RM 33,888 (asas).