CFMOTO Flagship Store Ke-11 Di Malaysia Dirasmikan
Pusat pameran dan jualan bertaraf premium CFMOTO Flagship Store Kuala Selangor dikendalikan oleh pengedar berpengalaman, G.C. Ann Motor Enterprise Sdn. Bhd. dan ia adalah cawangan Flagship Store ke-4 yang beroperasi di Selangor
PELANCARAN
7/5/20261 min read


CFMOTO Malaysia terus memperkukuhkan lagi rangkaian pengedaran dan perkhidmatan jenama itu di negara ini apabila merasmikan cawangan ke-11 CFMOTO Flagship Store yang terletak di Kuala Selangor.
Pusat pameran dan jualan bertaraf premium yang dikendalikan oleh pengedar berpengalaman, G.C. Ann Motor Enterprise Sdn. Bhd. itu juga adalah cawangan CFMoto Flagship Store ke-4 yang beroperasi di negeri Selangor.
Menurut CFMoto Malaysia, pembukaan CFMoto Flagship Store Kuala Selangor mencerminkan komitmen berterusan syarikat itu dalam memperluas rangkaian pengedar premium di seluruh Malaysia bagi memenuhi permintaan penunggang yang semakin meningkat.
Bagi G.C. Ann Motor Enterprise, pembukaan fasiliti ini melakar satu lagi pencapaian membanggakan buat syarikat itu yang mula bertapak di Kuala Selangor sejak tahun 1999.
Bermula sekadar sebuah pusat membaiki motosikal kecil yang menawarkan perkhidmatan mampu milik kepada masyarakat setempat, syarikat itu kini berkembang pesat sebagai antara pengedar motosikal paling diyakini di kawasan berkenaan.
Langkah mengukuhkan kerjasama strategik dengan Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. pada tahun 2023 menjadi titik tolak kepada penubuhan CFMoto Flagship Store ini, sekaligus membuktikan keyakinan tinggi G.C. Ann terhadap potensi jenama CFMOTO yang kini diiktiraf menerusi teknologi canggih, reka bentuk moden dan prestasi luar biasa.
Berkonsepkan pusat layanan satu bumbung, fasiliti baharu ini menawarkan pengalaman jualan dan khidmat selepas jualan yang lengkap untuk memberikan kemudahan serta standard perkhidmatan tertinggi kepada pelanggan.
Antara kemudahan utama yang disediakan di cawangan ini termasuk:
Ruang pameran lengkap: Menempatkan barisan model motosikal terkini CFMOTO.
Pusat servis profesional: Khidmat selepas jualan berkualiti tinggi berserta jualan aksesori rasmi dan alat ganti tulen.
Sudut Mobiliti Hijau: Ruangan khas yang menempatkan barisan motosikal elektrik (EV) canggih di bawah jenama ZEEHO.





