CFMOTO Ibex 450 (450MT) Diumumkan Di Pasaran AS, Malaysia Bila?

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

2/13/20241 min read

SELEPAS membuat debut di Eicma tahun lalu, ramai yang ternanti-nanti kelibat motosikal bergaya 'Adventure' CFMoto 450MT termasuk Malaysia dan di pasaran Amerika Syarikat (AS), ia sudah pun memiliki tanda harga rasmi.

Tidak akan dikenali sebagai CFMoto 450MT, tetapi motosikal sama akan dijual dengan nama CFMoto Ibex 450 (2024).

Dua pilihan warna ditawarkan di pasaran AS iaitu Tundra Grey dan Zephyr Blue.

Dan harga yang diumumkan adalah $ 6,499 (RM 30,974).

Dikenali sebagai jenama yang terkenal dengan teknologi, prestasi dan nilai, CFMoto Ibex 450 menjadi perhatian kerana didakwa memiliki pakej yang mampu memikat penunggang baru dan 'otai' dalam segmen 'ADV'.

Mengulas trenkuasa CFMoto Ibex 450 atau 450MT, ia dipadankan dengan enjin bersesaran 449 cc, 2 Silinder Parallel-Twin, 270 Darjah Crank

Sistem transmisi adalah 6 kelajuan klac manual dengan kuasa dihasilkan adalah setinggi 47 Hp pada 8,500 rpm dan tork 44 Nm pada 6,250 rpm.

Selain trenkuasa yang dianggap meyakinkan, apa yang menarik perhatian adalah rekaan CFMoto Ibex 450 yang boleh dikatakan menarik, ranggi dan berorentasikan lasak.

Dengan berat hanya 175 kg, ia turut dipadankan dengan rim jenis jejari 21 inci (depan) dan 18 inci (belakang), panel meter TFT berwarna, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dengan ciri nyahaktif roda belakang serta pelbagai ciri menarik dan moden lain.

Selain AS, CFMoto dikatakan akan melancarkan CFMoto 450MT di Filipina pada separuh pertama 2024.

Untuk pasaran Malaysia pula, CFMoto Malaysia baru-baru ini menayangkan 'siluet' imej sebuah model yang mirip CFMoto 450MT di laman media sosial rasminya dan berjaya mencetus keterujaan.