CFMOTO Malaysia Tayang Siluet Model Baharu, CFMoto 250 Dual Lite Bakal Tiba!

Kehadiran CFMoto 250 Dual Lite akan meningkatkan penawaran dalam kategori 'Lite' CFMoto di Malaysia mengikuti pelancaran CFMoto 250NK Lite dan CFMoto 250SR Lite

TERKINI

1/27/20261 min read

PASARAN motosikal tempatan dalam segmen lasak bakal menerima satu lagi pilihan menarik apabila model CFMOTO 250 Dual Lite dijangka akan dilancarkan tak lama lagi.

Seperti diketahui, deligasi media automotif Malaysia berpeluang mengunjungi fasiliti CFMOTO di Hangzhou, China.

Selain melawat ibu pejabat syarikat itu, kami turut diberi kesempatan menguji beberapa model baharu termasuklah CFMoto 250 Dual Lite.

Daripada maklumat yang diperoleh, MForce Bike Holdings Sdn Bhd selaku pengedar rasmi CFMOTO di Malaysia, semua unit yang dibenarkan untuk tunggang uji ketika lawatan itu berkemungkinan besar akan ditawarkan di pasaran tempatan.

Terbaharu, CFMOTO Malaysia sudah pun menayangkan imej siluet sebelum model yang akan dilancarkan dalam tempoh terdekat di laman sosial dan menariknya, ia mirip bahagian belakang CFMoto 250 Dual Lite.

Tiba dalam kategori 'Lite', CFMOTO 250 Dual Lite dijangka ditawarkan pada harga di bawah RM 10,000 yang menjadikannya antara model dual-purpose paling mampu milik dalam segmennya.

Info lanjut:

  • Enjin 249.2cc, 2 Silinder, Penyejuk Cecair, Suntikan Bahan Api, transmisi 6 kelajuan klac manual

  • Kuasa 24 Hp pada 8,000 rpm

  • Tork 22.5 Nm pada 7,000 rpm

  • Suntikan bahan api (EFI)

  • Cakera brek 265mm (depan) 220 mm (belakang)

  • Lampu LED penuh

  • Rim jejari

  • Port pengecasan USB Type-A

  • Rim 21 inci depan & 18 inci belakang

  • ABS 2 Saluran

  • Tangki bahan api 13 liter