CFMOTO Mengganas, Sapu Bersih Gelaran Juara Moto2, Moto3 Di Brazil!

Dalam aksi kelas Moto3, kemenangan CFMOTO Aspar diraih pelumba berbakat besar dari Sepanyol, Maximo Quiles dan kecemerlangan itu diteruskan dalam kelas pertengahan Moto2 menerusi Daniel Holgado

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

3/25/20261 min read

PENGUASAAN penuh ditampilkan pengeluar motosikal yang memiliki cita-cita tinggi untuk berada di pentas MotoGP, CFMoto apabila kedua-dua pelumba pasukan yang bergandingan dengan Aspar Racing itu menakluk kedua-dua gelaran juara di pentas Moto2 dan Moto3 di GP Brazil 2026.

Dalam aksi kelas Moto3 yang mendebarkan, kemenangan menjadi milik pelumba berbakat besar dari Sepanyol, Maximo Quiles.

Kecemerlangan itu diteruskan dalam kelas pertengahan Moto2 menerusi Daniel Holgado.

Kejayaan menyapu bersih kedua-dua kejuaraan itu di bumi Brazil jelas mencipta sejarah baharu buat pengeluar motosikal dari China itu, malah memberi isyarat amaran yang jelas kepada pasukan seteru Eropah dan Jepun berhubung kemampuan mereka.

Kemenangan berganda ini pastinya menyuntik semangat tambahan buat CFMOTO untuk merealisasikan sasaran strategik jangka panjang mereka, iaitu menyertai kelas paling elit, MotoGP dalam tempoh terdekat.