CFMOTO Papio Racer (2026) Lancar Di Malaysia, Sporty, Comel, RM 8,888!
Sebagai motosikal dalam segmen 'Fun bike', CFMoto Papio Racer (2026) mengutamakan keseronokan tunggangan yang menggabungkan reka bentuk lincah dengan praktikaliti harian, sesuai untuk penunggang baharu mahupun penunggang berpengalaman
PELANCARAN
2/11/20261 min read


CFMOTO Malaysia meningkatkan penawarannya dalam segmen 'fun bike' apabila melancarkan model CFMoto Papio Racer (2026) yang tampil dengan rekaan lebih sporty berinspirasikan perlumbaan.
Ditawarkan pada harga RM 8,888 (tidak termasuk cukai jalan dan insurans), CFMoto Papio Racer hadir dalam tiga pilihan warna menarik iaitu:
Clay Yellow
Nebula White
Champion Blue
Sebagai motosikal dalam segmen 'Fun bike', CFMoto Papio Racer (2026) mengutamakan keseronokan tunggangan yang menggabungkan reka bentuk lincah dengan praktikaliti harian, sesuai untuk penunggang baharu mahupun penunggang berpengalaman yang mahukan jentera kompak dan menyeronokkan.
Ulas trenkuasa, CFMoto Papio Racer (2026) dijana enjin 126 cc, 1 Silinder, Penyejuk Udara, Fi, dengan transmisi 6 kelajuan klac manual.
Kuasa pada angka 7 kW pada 8,250 rpm dan tork 9.2 Nm pada 6,500 rpm.
Sistem brek menggunakan brek cakera bersaiz 210 mm dengan kaliper 2 Piston (depan) dan cakera 190 mm (belakang) dan menariknya lengkap dengan sistem brek anti-kunci (ABS) dua saluran.
Selain rekaan yang unik, pelbagai komponen premium turut dipadankan kepada CFMoto Papio Racer antaranya fork jenis terbaik (USD), penyerap hentak tunggal (belakang), Sistem Kawalan Cengkaman (TCS), Panel meter digital + analog, port USB dan lampu LED penuh.
Ciri-ciri menarik lain:
Kunci mekanikal
Lampu kecemasan
Set roda 120/70-12 (depan), 130/70-12 (belakang)
Tinggi pelana 760 mm
tangki bahan api 7 liter
Lega bumi 150 mm
Berat 114 kg
Setiap pembelian CFMoto Papio Racer (2026) tiba engan jaminan pengeluar selama dua tahun atau 20,000 km perbatuan (yang mana terdahulu), serta kemudahan pembelian alat ganti tulen secara dalam talian oleh CFMOTO Malaysia.









