CHOPPER Unik WMOTO CRUISER AMT 125 (2025) Rasmi Di Malaysia, RM 5,988!
Satu lagi penawaran unik mendarat di pasaran negara yang dibawa masuk oleh MForce Bike menerusi WMOTO Cruiser AMT 125 (2025), model bergaya kruiser klasik yang menariknya dipadankan dengan sistem transmisi Automatik
PELANCARAN
10/1/20251 min read


SELEPAS penantian yang agak panjang, penantian peminat motosikal bergaya Kruiser unik, WMOTO Cruiser AMT 125 (2025) akhirnya secara rasmi memasuki pasaran tempatan.
Dipertontonkan dengan nama agak pelik sebelum ini, model yang berkonsepkan cruiser klasik ini tampil dengan sentuhan teknologi moden, khususnya sistem transmisi automatik AMT yang menjanjikan pengalaman tunggangan lebih lancar dan responsif.
Ditawarkan pada harga RM5,988 (tidak termasuk cukai jalan dan insurans), WMOTO Cruiser AMT 125 (2025) hadir dalam tiga pilihan warna menarik - Green, Cream dan Black - dan sudah pun boleh didapati di semua pengedar sah Mforce di seluruh negara.
Dari segi prestasi, WMOTO Cruiser AMT 125 (2025) ini dipacu enjin 124 cc, 1 Silinder, 4 Lejang, Penyejuk Udara, Suntikan Bahan Api, SOHC dengan penyejukan udara bersama transmisi automatik.
Kuasa yang dihasilkan adalah sebesar 7.7 Hp pada 8,000 rpm dan tork 8.8 Nm pada 6,000 rpm.
Tetapi tidak seperti skuter konvensional yang menggunakan pacuan akhir tali sawat, WMOTO Cruiser AMT 125 (2025) menggunakan pacuan jenis rantai.
Cukup sesuai dengan tunggangan santai ke kedai kopi, Ketinggian pelana WMOTO Cruiser AMT 125 (2025) hanya 680 mm dan berat keseluruhan 119 kg menjadikannya mudah dikawal. Ia kemudian dilengkapi dnegan tangki bahan api berkapasiti 6 liter yang melengkapkan ciri praktikalnya.
Sistem suspensi terdiri daripada fork teleskopik (depan) dan penyerap hentak tunggal (belakang) yang dikatakan memberikan kestabilan dan keselesaan ketika menunggang. Kuasa henti pula disokong oleh cakera brek (depan dan belakang) bersaiz 220 mm dan 200 mm.
Set roda bersaiz 80/90-17 (depan) dan 140/70-13 (belakang) bersama dengan rim jenis aloi.
Dari aspek teknologi, WMOTO Cruiser AMT 125 (2025) dilengkapi sistem pencahayaan LED penuh, panel meter gabungan analog digital, dan sistem kunci mekanikal. Ia turut menampilkan ekzos senyap, pemijak kaki lipat untuk penumpang serta tempat duduk ergonomik untuk keselesaan jarak jauh.
Setiap pembelian WMOTO Cruiser AMT 125 disertakan jaminan pengeluar selama dua tahun atau 20,000km (yang mana tiba dahulu), serta akses kepada pembelian alat ganti tulen secara atas talian melalui MForce Bike Holdings Sdn. Bhd.
















