COVERSET Edisi Terhad Yamaha LC135Fi diperkenal, RM 480!
Selepas membuat pengumuman di laman sosial media rasminya, Yamaha Motor Malaysia akhirnya secara rasmi mengumumkan Coverset Edisi Terhad untuk model popularnya Yamaha LC135Fi
TERKINI
7/17/20251 min read


YAMAHA Motor Malaysia, hari ini secara rasmi mengumumkan Coverset Edisi Terhad untuk model popularnya Yamaha LC135Fi.
Menurut syarikat itu, coverset berkenaan adalah khas buat peminat setia yang menghayati semangat perlumbaan Yamaha dan diilhamkan sepenuhnya daripada jentera perlumbaan Yamaha, menampilkan gaya agresif, moden dan berprestasi tinggi.
Seperti pernah kami laporan sebelum ini, dua pilihan warna diperkenalkan iaitu:
• Yamaha Team ASEAN Blue
• Redracer
Bersama Harga Runcit Cadangan (RRP) RM 480, Coverset Edisi Terhad ini hanya boleh didapati menerusi pengedar sah Yamaha di seluruh negara.
Menurut Yamaha Motor Malaysia, stok yang tersedia adalah terhad.
