CUB Prix 2023: Iskandar Puteri Jadi Gelanggang Pusingan 8, Ganti Litar Tangkak

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

8/4/20231 min read

TIADA perlumbaan Cub Prix akan berlangsung di Litar Lumba Tangkak, Johor selepas gelanggang Pusingan 8 Kejuaraan Petronas Malaysia Cub Prix 2023 itu ditukar ke Bandar Medini, Iskandar Puteri juga di Johor.

Pengumuman itu dibuat oleh pengelola perlumbaan elit tempatan itu, Two Wheels Motor Racing dalam satu kenyataan ringkas, hari ini.

Sebagai info, perlumbaan Pusingan 8 Cub Prix 2023 dijadual pada 6 hingga 7 Oktober 2023.

"Bagi pihak Kejuaraan Petronas Malaysia Cub Prix, kami ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat atas sokongan yang diberikan.

"Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua penaja kejuaraan (terutamanya kepada Petronas, penaja utama Kejohanan Malaysian Cub Prix) serta semua pasukan, pelumba dan agensi-agensi kerajaan serta masyarakat tempatan kita yang terus menyokong kami dalam merealisasikan misi dan matlamat kami," tulis kenyataan itu.

Begitupun, tidak diterangkan mengapa venue perlumbaan itu berubah.

Berdasarkan kalendar Cub Prix 2023, perlumbaan Pusingan 9 iaitu selepas perlumbaan di Bandar Medini juga masih menjadi 'teka-teki' dan berstatus 'Akan ditentukan'.

Perlumbaan penutup tirai pula dijadual pada 25 hingga 26 November di Litar Batu Kawan, Pulau Pinang.