CUB Prix 2024: Tak Sihat Tak Halang Afif Lakar Kejayaan Di Sepang

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

6/2/20242 min read

AHMAD Afif Amran dari pasukan Petronas Sprinta Yamaha - CKJ Racing merangkul kemenangan kelas elit CP150 Pusingan 3 Kejuaraan Petronas MAM Malaysia Cub Prix 2024 di Litar Sepang Utara dan mengakui meraihnya dalam keadaan kurang sihat.

Dalam aksi yang cukup sengit di Sepang, pelumba kelahiran Terengganu itu menggunakan sepenuhnya pengalaman dan kemampuan jenteranya untuk memintas pendahulu perlumbaan, Md Fareez Afeez Abd Rahman di selekoh terakhir untuk menang.

Mengulas kejayaan yang diraihnya, naib juara keseluruhan CP150 musim lalu itu mengakui mengalami sakit kepala yang agak teruk dan hanya memikirkan untuk menamatkan aksi dalam kelompok mata.

"Permulaan yang tidak mudah hari ini sebab kesihatan saya kurang mengizinkan pada pagi ini. Saya mengalami pening kepala yang teruk, sehingga selepas sesi Super Pole saya terus tidur sampai setengah jam sebelum perlumbaan baru saya bangun," kata Afif.

"Saya cuma menyasarkan untuk menghabiskan perlumbaan sebab sekurangnya ada kutipan mata tetapi Alhamdulillah rezeki saya untuk meraih nombor satu di sini.

"Strategi saya pun menjadi pada pusingan terakhir," kata Afif yang mengucapkan terima kasih kepada pasukannya yang menyediakan jentera berkualiti untuknya.

Fareez dari pasukan Jetron yamaha YYPang Racing terpaksa berpuas hati di kedudukan kedua dengan pelumba pasukan Petronas Sprinta Yamaha Maju Motor, Kasma Daniel Kasmayudin ketiga.

Dalam pada itu, Petronas Sprinta Yamaha - CKJ Racing turut cemerlang dalam kelas CP125 apabila meraih kemenangan menerusi pelumbanya, Md Firdaus Md Hamdan.

Lebih menarik, pasukan itu turut meraih kemenangan 1,2 apabila pelumnya, Md Izam Ikmal Izamli menaiki podium selaku naib juara.

Perlumbaan bermula dengan Shafiq mendahului perlumbaan dengan Md Syamil Amsyar Md Iffende daripada pasukan Petronas Sprinta Yamaha - 31 RACING ketiga.

Sementara itu, pelumba pasukan Petronas Sprinta Yamaha - 31 Racing, Farres Putra Md Fadhill yang memulakan perlumbaan di petak utama merangkul kemenangan dalam kelas Wira KBS.

Pelumba pasukan Brothers 7 Tech Racing, Md Aiman Md Hafis menamatkan aksi di tangga kedua dna Md Adib Arsyad Md Hisam dari pasukan Yamaha Estremo 27 Racing ketiga.

Kedudukan lima terbaik Pusingan 3 Cub Prix 2024 di Sepang

CP150

  1. Ahmad Afif Amran - PETRONAS SPRINTA YAMAHA - CKJ RACING (14'35:397s)

  2. Md Fareez Afeez Abd Rahman - JETRON YAMAHA YYPANG RACING TEAM (14'35:465s)

  3. Kasma Daniel Kasmayudin - PETRONAS SPRINTA YAMAHA MAJU MOTOR (14'35:620s)

  4. Md Iqbal Amri Abdul Malek - YAMAHA TEKHNE AHM MOTOR SPORTS (14'35:694s)

  5. Md Faiz Zekri Sabri - YAMAHA TEKHNE AHM MOTOR SPORTS (14'35:887s)

CP125

  1. Md Firdaus Md Hamdan - PETRONAS SPRINTA YAMAHA - CKJ RACING (11'22:452s)

  2. Md Izam Ikmal Izamli - PETRONAS SPRINTA YAMAHA - CKJ RACING (11'22:468s)

  3. Md Syamil Amsyar Md Iffende - PETRONAS SPRINTA YAMAHA - 31 RACING (11'22:493s)

  4. Md Adie Putra Sukarno - PETRONAS SPRINTA YAMAHA MAJU MOTOR (11'22:723s)

  5. Md Irfan Haykhal Amidi - HONDA KC RACING (11'22:972s)

Wira KBS

  1. Farres Putra Md Fadhil - PETRONAS SPRINTA YAMAHA - 31 RACING (10'05:332s)

  2. Md Aiman Md Hafis - BROTHERS 7 TECH RACING (10'05:586s)

  3. Md Adib Arsyad Md Hisam - YAMAHA ESTREMO 27 RACING (10'05:732s)

  4. Raiyan Khardanee Md Sanusi - PETRONAS SPRINTA YAMAHA - 31 RACING (10'05:821s)

  5. Md Akif Abdullah - HONDA KC RACING (10'05:879s)