CUB Prix Kekal Di Medini Hingga Tahun 2026
SUKAN PERMOTORAN 2 RODA
10/8/20231 min read
SUSULAN kejayaan penganjuran sulung Kejuaraan Petronas Malaysia Cub Prix 2023 Bandar Medini Iskandar, Johor tahun ini, ada perkhabaran menarik buat peminat sukan permotoran dua roda di selatan tahan air diperoleh.
Dianggap sebagai kejayaan dan bab baharu bagi tuan rumah, Majlis Bandaraya Iskandar Puteri, satu Memorandum Persefahaman (MoU) ditandatangani yang menyaksikan perlumbaan itu akan dianjurkan selama tiga tahun lalu.
Kerjasama itu membabitkan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri serta promoter dan Penganjur Lumba Motosikal Petronas Malaysia Cub Prix, Safe Aim Mutual Sdn. Bhd, semalam.
Majlis tandatangan itu disempurnakan oleh Datuk Bandar, Majlis Bandaraya Iskandar Puteri, Yang Berhormat Dato’ Mohd Haffiz Ahmad dan Pengarah Promosi Safe Aim Mutual Sdn Bhd, Ron Hogg.
Perjanjian itu disaksikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri Johor yang juga wakil rasmi Menteri Besar Johor, Yang Berhormat Mohd Hairi Mad Shah.
Turut hadir menyaksikan detik bersejarah itu adalah Naib Presiden Kanan dan Ketua Pegawai Eksekutif, Petronas Refinery dan Petrochemical Corporation, Kamal Baharin Ahmad.
Dengan kerjasama berkenaan, Kejuaraan Petronas Malaysia Cub Prix akan diteruskan selama tiga tahun lagi di Bandar Medini Iskandar sehingga tahun 2026.