CUBA Kembali Berlumba Secepat Mungkin - Jorge Martin

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

3/8/20251 min read

PENYANDANG juara dunia MotoGP, Jorge Martin mengakui masih belum mempunyai tarikh untuknya kembali beraksi.

Perkembangan itu diberitahu sendiri pelumba Aprilia Raxing itu dalam satu majlis membabitkan pelancaran model baharu Aprilia di Milan, baru-baru ini.

"Saya berada di Motoplex di sini buat pertama kali, juga memakai baju T Aprilia Racing buat pertama kali," kata Martin.

"Saya berusaha keras, ia menjadi masa yang sukar, tetapi saya cuba untuk kembali (berlumba) secepat yang mungkin.

"Kami tidak tahu bila saya akan kembali secara tepat tetapi saya alan cuba melakukannya secepat yang mungkin. Saya bergarap untuk bertemu kamu semua secepat yang mungkin."

Martin pada awalnya berdepan kemalangan ngeri ketika ujian pra-musim di Sepang pada awal Februari lalu lalu yang mengakibatkan tangan kanan dan kaki kirinya patah.

Masih dilihat berpeluang untuk beraksi pada perlumbaan pembukaan di MotoGP di Thailand, pelumba kelahiran Sepanyol itu sekali lagi dipalit kemalangan ketika ujian supermoto dan patah beberapa bahagian tangan kiri.

Setakat ini, tiada sebarang informasi diperoleh berkaitan kepulangan semua Martin yang akan terlepas pusingan kedua di Argentina dengan spekulasi turut menyatakan bekas pelumba Pramac Yamaha itu turut tidak akan beraksi di GP Amerika Syarikat.