CYCLONE Motor Rasmi Di Malaysia, Tawar 3 Model Termasuk Kapcai Kembara Cyclone MK 125!
PELANCARAN
5/25/20241 min read
SYARIKAT pengeluar dan pengedar motosikal terkemuka, MForce Bike merasmikan kehadiran jenama terbaharu, Cyclone di pasaran tempatan dengan acara pengenalan dan pelancarannya dibuat sempena acara Malaysia Autoshow 2024.
Sebagai permulaan, tiga model diperkenalkan oleh jenama berasal daripada China itu yang turut dikenali sebagai Zongshen.
Tiga model berkenaan adalah Cyclone RX600 (2024) yang diposisikan dalam segmen 'Adventure Touring', Cyclone Rt2e (2024) yang tampil seperti skuter klasik dan kapcai kembara, Cyclone MK125 (2024).
Maklumat ringkas termasuk pilihan harga dan pilihan warna untuk ketiga-tiga model berkenaan adalah seperti berikut:
Cyclone RX600 (2024)
Harga: RM 29,888
Enjin 560 cc, 2 Silinder, 4 Injap, 4 Lejang, Penyejuk Cecair, Suntikan Bahan Api, DOHC, Transmisi Automatik
Kuasa 43.5 Hp @ 8,500 rpm, tork 55 Nm @ 6,500 rpm
Brek cakera kembar (depan), tunggal belakang)
Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) 2 Saluran, Kawalan Traksi
Rim 19 inci jejari (depan), 17 inci jejari (belakang)
Tangki Bahan Api 19.5 liter
Cyclone Rt2e (2024)
Harga: RM 13,888
Pilihan warna: Seaweed Green, Cool Blue
Enjin 250 cc, 1 Silinder, 4 Injap, 4 Lejang, Penyejuk Cecair, Suntikan Bahan Api, SOHC, Transmisi Automatik
Kuasa 18 kW @ 7,500 rpm, tork 24.5 Nm @ 6,500 rpm
Brek cakera tunggal (depan/belakang)
Set roda 120/70-12 (depan), 130/70-12 (belakang)
Tangki Bahan Api 13 liter
Berat 162 kg
Cyclone MK125 (2024)
Harga: RM 5,988
Enjin 119.9 cc, 1 Silinder, 4 Lejang, Penyejuk Udara, Suntikan Bahan Api, DOHC,
Kuasa 6.5 kW @ 7,500 rpm, tork 9 Nm @ 5,500 rpm
Brek cakera (depan), dram (belakang)
Set roda 80/90-17 (depan), 80/90-17 (belakang)
Tangki Bahan Api 4.5 liter
Berat 102 kg
Pembelian dilengkapi 'Top box', Visor angin dan Pelindung Enjin
Seperti biasa, harga yang diumumkan adalah disyorkan pengeluar dan tidak termasuk yuran pendaftaran, cukai jalan dan insuran.