CYCLONE RE600, Cyclone RA600 (2025) Masuk Pasaran Malaysia, Ini Spesifikasinya!

TERKINI

3/12/20252 min read

CYCLONE Motorcycle sah membawa masuk empat penawaran baharu ke pasaran Malaysia termasuk dua model Cyclone RA600 (2025) yang diposisi dalam segmen kruiser dan Cyclone RE600 (2025) yang bergaya Naked Neo Retro.

Sekalipun berbeza segmen dan penggayaan, kedua-dua model diberikan tanda harga yang sama oleh pengedarnya di pasaran tempatan, MForce Bike Holdings iaitu RM 25,888.

Seperti biasa, angka harga yang menarik itu adalah asas dan tidak termasuk yuran pendaftaran, cukai jalan dan insuran.

Berpeluang untuk melihat sendiri kelibat kedua-dua model berkenaan lebih awal ketika mengikuti majlis anjuran MForce di China, berikut adalah perincian spesifikasi dua model berkenaan.

Sebelum terlupa, Cyclone adalah salah satu jenama di bawah pengeluar motosikal gergasi China iaitu Zonsen yang beribu pejabat di Chongqing.

Cyclone RA600 (Kruiser)

  • Penampilan: Tidak seperti rekaan kruiser konservatif, Cyclone RA600 datang dengan rekaan yang moden dengan penampilannya nampak agresif dan memiliki ciri aerodinamik. Penampilan itu dikuatkan dengan penggunaan sistem ekzos berkembar dan Steel Trellis Frame terdedah.

  • Trenkuasa - Enjin 550.4 cc, Parallel-twin, Penyejuk Cecair, Suntikan Bahan Api, DOHC

  • Transmisi: 6 Kelajuan klac manual (Slipper Assist)

  • Kuasa 58 hp @ 8,500 rpm dan daya kilas 55 Nm @ 6,500 rpm.

  • Sistem pacuan: Tali sawat.

  • Suspensi: Fork teleskopik (depan), Penyerap hentak tunggal (belakang).

  • Set roda: 130/90-16 (depan), 150/80 (belakang).

  • Brek: Cakera kembar 300 mm (depan), cakera tunggal 240 mm (belakang) dan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi-saluran Ada Sistem Kawalan Traksi (TCS).

  • Dimensi: panjang 2,190 mm, lebar 855 mm, tinggi 1,115 mm, jarak antara roda 1,510 mm.

  • Sistem lampu LED penuh

  • Panel meter digital LCD

  • Tinggi pelana 725 mm

  • Berat 205kg

  • Kapasiti tangki bahan api 14.5 liter

Cyclone RE600 (Naked Neo Retro)

  • Penampilan: Tipikal motosikal 'Naked' dengan tambahan elemen klasik dan moden terutama menerusi penggunaan lampu utama jenis bulat. Rekaan tampak tidak terlalu 'berat' dan masih mengekalkan ciri-ciri sporty.

  • Trenkuasa - Enjin 550.4 cc, Parallel-twin, Penyejuk Cecair, Suntikan Bahan Api, DOHC

  • Transmisi: 6 Kelajuan klac manual (Slipper Assist)

  • Kuasa 58 hp @ 8,500 rpm, tork 55 Nm @ 6,500 rpm.

  • Sistem pacuan: Rantai

  • Suspensi: Fork jenis terbalik USD (depan), Penyerap hentak tunggal (belakang).

  • Set roda: 120/70-17 (depan), 160/60-17 (belakang).

  • Brek: Cakera kembar 300 mm (depan), cakera tunggal 240 mm (belakang) dan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi-saluran.

  • Ada Sistem Kawalan Traksi (TCS).

  • Dimensi: Panjang 2,025 mm, lebar 800 mm, tinggi 1,165 mm, jarak antara roda 1,460 mm, jarak lega bumi 155 mm.

  • Sistem lampu LED penuh.

  • Panel meter jenis TFT berwarna.

  • Tinggi pelana 800 mm

  • Tangki bahan api 20 liter.

  • Berat 204 kg.

Menurut MForce, kedua-dua model dijangka akan dilancarkan pada pertengahan tahun ini iaitu sekitar Jun.