CYCLONE RT2S Hangatkan Pasaran Skuter Suku Liter, RM 13,888!

Cyclone Malaysia menyatakan Cyclone RT2S (2026) mampu menjadi skuter yang melengkapi keperluan gaya hidup urban berikutan sangat praktikal untuk tunggangan harian mahupun perjalanan jarak sederhana

PELANCARAN

8/21/20261 min read

SELEPAS membuat penampilan sulung di MForce MotoXperience 2026 Jun lalu, Cyclone Malaysia mengumumkan salah satu penawaran Cyclone RT2S (2026) akhirnya tiba di cawangan pengedarnya.

Ditawarkan pada harga asas cukup kompetitif - atau 'menakutkan' pesaing iaitu RM 13,888 (tidak termasuk cukai jalan dan insurans), Cyclone RT2S (2026) yang tampil dengan rekaan moden yang digabungkan dengan prestasi dan kelengkap menarik.

Menurut Cyclone Malaysia, ia mampu menjadi skuter yang melengkapi keperluan gaya hidup urban berikutan sangat praktikal untuk tunggangan harian mahupun perjalanan jarak sederhana.

Sebelum pergi lebih jauh, Cyclone RT2S tampil elegan dengan dua pilihan warna iaitu Prestige Black dan Strong Grey.

Dari aspek mekanikal, Cyclone RT2S (2026) dipacu enjin bersesaran 247 cc, 1 Silinder, 4 Lejang, 4 Injap, Penyejuk Cecair, DOHC dengan transmisi auto CVT.

Kuasa dihamburkan 26.1 Hp pada 8,500 rpm dan tork 24.5 Nm pada 6,500 rpm.

Sistem suspensi menggunakan fork teleskopik konvensioal (depan) dan penyerap hentak berkembar (belakang).

Brek menggunakan cakera tunggal bersaiz 270 mm (depan) dan cakera tunggal 220 mm (belakang) lengkap bersama Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) 2 Saluran secara standard.

Info penting dan menarik:

  • Sistem Kunci Pintar

  • Butang Kawalan Berlatar LED

  • Soket Pengecas USB-A

  • Kamera perakam video (depan/belakang)

  • Sistem Pemantauan Tekanan Angin Tayar (TPMS)

  • Sistem Kawalan Cengkaman (TCS) boleh dinyahaktifkan

  • Lampu LED penuh

  • Visor angin boleh laras manual

  • Rak belakang tersedia

  • Panel meter TFT berwarna dengan sambungan telefon pintar bersama aplikasi Cyclone Store

  • Tinggi pelana 750 mm

  • Set roda 110/80-R14 (depan), 140/60-R13 (belakang)

  • Tangki bahan api 12.6 liter

  • Berat 179 kg

Untuk ketenangan minda pembeli, pihak Cyclone Malaysia menawarkan waranti komprehensif selama 2 tahun atau 20,000 km (mana-mana tiba dahulu).