CYCLONE RT5 (2026) Curi Tumpuan Di MBS 2026, RM 16,888!
Bukan 'biasa-biasa', Cyclone RT5 (2026) boleh diposisikan sebagai sebuah skuter 'maxi' bertaraf premium dengan beberapa kelengkapan yang dianggap menarik dan unik
PELANCARAN
6/13/20261 min read


PEMINAT segmen skuter maxi tempatan kini memiliki lebih pilihan di pasaran apabila Cyclone Malaysia melancarkan model terbaharunya yang hadir dengan pelbagai teknologi canggih, Cyclone RT5 (2026) di MotoXperience sempena acara Malaysia Bike Show (MBS) 2026.
Bukan 'biasa-biasa', Cyclone RT5 (2026) boleh diposisikan sebagai sebuah skuter 'maxi' bertaraf premium dengan beberapa kelengkapan yang dianggap menarik dan unik.
Sekali pun tak salah untuk menyatakan Cyclone RT5 (2026) sebagai antara model skuter suku liter paling canggih di pasaran, kehadirannya menerusi MForce Bike menyaksikan angka jualannya hanyalah RM 16,888.
Angka itu begitupun asas, tidak termasuk yuran pendaftaran, cukai jalan dan insuran.
Ulas trenkuasa, Cyclone RT5 dipadankan dengan enjin bersesaran 247 cc, 1 Silinder, Penyejuk Cecair, Fi, DOHC dengan transmisi automatik CVT.
Kuasa yang dihamburkan boleh dianggap memuaskan iaitu 26.1 Hp pada 8,500 rpm dan tork 24.5 Nm pada 6,500 rpm.
Berbalik kepada status 'premium', apa yang menyebabkan Cyclone RT5 berada di kelas tersendiri apabila padat dengan teknologi menarik iaitu Sistem Pengesan Titik Buta, cermin sisi boleh lipat secara elektrik serta tongkat tengah yang boleh dinaikkan dan diturunkan secara elektrik dengan hanya menekan butang suis.
Ciri-ciri moden lain termasuklah panel meter TFT berwarna, kamera perakam video (dashcam) di bahagian hadapan, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi-saluran serta Kawalan Cengkaman (TCS).
Informasi lain:
Lega bumi 155 mm
Tinggi pelana 750 mm
Kapasiti tangki bahan api 18 liter
Berat 190 kg
Cyclone RT5 (2026) datang dengan tiga pilihan warna iaitu Prestige Black, Strong Grey dan Alabaster White.









