DAH Berikan Segala-Galanya - Marco Bezzecchi

Marco Bezzecchi kembali ke podium di Assen selepas kali terakhir memperoleh di Silverstone, bulan lalu namun kali ini pelumba Aprilia Racing itu di posisi naib juara di belakang pelumba Ducati Lenovo, Marc Marquez

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

6/30/20251 min read

PELUMBA Aprilia Racing, Marco Bezzecchi kembali ke podium di Assen selepas kali terakhir memperoleh di Silverstone, bulan lalu namun kali ini di posisi naib juara di belakang pelumba Ducati Lenovo, Marc Marquez.

Selain podium di perlumbaan utama, protoge kepada legenda Itali, Valentino Rossi itu turut meraih podium pada Perlumbaan Sprint selepas memperoleh tempat ketiga yang turut menamatkan kemarau perlumbaan berkenaan yang kali terakhir diperoleh di Mandalika pada 2023.

Keputusan di Assen turut menyaksikan Bezzecchi turut memperoleh podium dalam kedua-dua perlumbaan yang kali terakhir diperoleh pada 2023.

Mengulas prestasinya, Bezzecchi mengakui tidak berupaya untuk mencabar kedudukan pendahulu kerana rentak kelajuannya pada separuh perlumbaan tidak sekuat Marquez yang berjaya menjuarai kedua-dua perlumbaan.

"Saya benar-benar memberikan segala-galanya untuk bertarung dengan Marc," kata Bezzecchi memetik laporan MotoGP.

"Pada separuh babak perlumbaan saya dapat merapatkan diri, kemudian pada separuh lagi saya bergelut kerana dia meningkatkan rentak kelajuannya dan sukar untuk saya merapatinya.

"Tetapi saya berjuang seperti 'seorang yang terdesak' untuk kekal rapat dengannya dan benar-benar memberikan segala-galanya dan jentera juga kompetitif. Saya benar-benar mengerah segala kemampuan jentera."

Bekas pelumba Ducati itu menyifatkan kempen di Assen sebagai menakjubkan.

"Saya tidak tahu sudah berapa lama sejak saya mendapat podium berganda pada minggu perlumbaan, jadi saya cukup gembira," katanya. "Akhirnya, podium pada Sprint, kelayakan yang bagus dan perlumbaan yang menakjubkan."

"Apapun, Silverstone sudah pasti lebih baik. Sentiasa lebih baik apabila kamu menang.

"Tetapi saya perlu katakan yang perlumbaan ini menakjubkan kerana saya fikir ini kali pertama buat saya saya amat kompetitif sepanjang perlumbaan dan bersaingn dan saya benar-benar berada pada had sepanjang perlumbaan.

"Saya tidak pernah menguruskan tayar, tidak menguruskan diri, saya mengambil risiko di setiap selekoh seperti orang tidak betul. Saya seronok, tetapi ia lebih bagus, Silverstone."