DAH Dekat, X-Wedge Rasmi Di Malaysia Minggu Depan!
Sejak dipertontonkan tahun lalu termasuk kunjungan media ke ibu pejabat X-Wedge di Chongqing, China, jenama yang akan bersaing secara terus dengan jenama seperti HD itu dijadualkan dilancarkan secara rasmi di Malaysia minggu depan oleh MForce Bike
TERKINI
1/31/20261 min read


BUKAN rahsia pasaran motosikal berkuasa tinggi bergaya kruiser tempatan bakal digegarkan dengan kemunculan jenama dari China, X-Wedge.
Dipertontonkan sejak tahun lalu termasuk kunjungan media ke ibu pejabat X-Wedge di Chongqing, China, jenama yang akan bersaing secara terus dengan jenama seperti Harley-Davidson itu dijadualkan dilancarkan secara rasmi di Malaysia minggu depan oleh pengedar eksklusif, MForce Bike Holdings Sdn Bhd.
Dan ia bukan sekdar khabar angin, malah beberapa petunjuk sudah diberikan jenama itu khususnya perkongsian di laman sosial sejak minggu lalu.
Berdasarkan maklumat yang diperoleh, X-Wedge Malaysia akan mempertaruhkan empat model terlebih dulu.
Ia adalah:
X-Wedge Ranger RX2000
X-Wedge Rover RL2000
X-Wedge Vanguard VT2000
X-Wedge Walker WR1000
Antara yang paling mencuri tumpuan ialah X-Wedge Rover RL2000 yang dilengkapi enjin 1976 cc, V-Twin 4-stroke, air-cooled, OHV, EFI, dan kuasa 101.9 Hp. Model lain turut menggunakan enjin besar sehingga 2000 cc yang sekali gus menempatkan X-Wedge dalam segmen kruiser premium.
Seperti diketahui, X-Wedge berasal dari China dan adakag sebahagian daripada Hisun Motors, syarikat yang dikenali sebagai antara pengeluar ATV dan UTV terbesar di negara itu.
Jenama ini dibangunkan dengan inspirasi gaya hidup 'American cruiser', menekankan motosikal berkapasiti besar yang sesuai untuk tunggangan jarak jauh.
MENGIKUTI pengumumannya sebelum ini, jenama motosikal bergaya kruiser mewah, X-Wedge sah memasuki pasaran Malaysia pada tahun ini dan tiba bersama mereka adalah empat model menarik.
Seperti diketahui, enjin yang digunakan oleh model-model X-Wedge sememangnya bukan 'biasa-biasa' kerana ia dihasilkan dan dibekalkan oleh firma terkemuka Amerika Syarikat, S&S.
Jadi apa yang menarik dan mampu menjadi daya pemikat adalah bunyi yang dihasilkan motosikal X-Wedge sememangnya cukup mirip model daripada negara berkenaan.
Dari sudut penampilan pula, X-Wedge mendapatkan sentuhan daripada firma pereka terkemuka Austria, KISKA Design yang sememangnya terkenal dengan rekaan menarik dan menjalankan kerjasama terhadap model KTM, GasGas dan Husqvarna.

