DAH Tahu Mereka Akan Jatuh - Aleix Espargaro

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

5/26/20242 min read

PEMENANG Perlumbaan Sprint GP Catalan 2024, Aleix Espargaro mendakwa dia tahu Raul Fernandez, Brad Binder dan Francesco Bagnaia akan terjatuh ketika sedang memimpin saingan MotoGP di Barcelona.

Espargaro yang mengharungi minggu penuh emosi selepas mengumumkan tarikh persaraannya tampil cemerlang memenangi aksi Sprint di Catalunya selepas turut mendominasi kempen kelayakan.

Dengan pengalaman yang dimilikinya, pelumba kelahiran Sepanyol itu tidak terburu-buru di awal perlumbaan yang menyaksikannya dipintas beberapa pelumba termasuk Fernandez, Binder yang jatuh di awal saingan dengan Bagnaia melepaskan peluang untuk menang apabila jatuh di pusingan terakhir.

"Saya berkata pada Khamis yang 80 peratus kawasan di trek kamu boleh 'perah' terotel habis-habisan," kata Espargaro. "Tetapi ada beberapa trek di mana ia bukan semata-mata berkaitan kelajuan.

"Saya boleh pergi selaju mereka, pada awal perlumbaan. Selepas permulaan yang teruk, saya berkata kepada diri saya 'mereka sudah berada di hadnya'.

"Mereka banyak menggunakan tayar depan dan belakang. Saya dapat melihatnya daripada belakang.

"Saya berkata kepada diri saya 'sama ada kemalangan atau mereka akan memusnahkan tayar depan dan belakang jadi kamu kamu akan mempunyai pilihan pada penghujungnya'. Saya betul."

Espargaro menjelaskan dia memang cuba untuk tidak memintas pelumba di depannya dan mahu mengekalkan kelajuan serta menganalisa kelajuan semua pelumba.

"Hanya saya seorang boleh membuktikan saya boleh pergi di bawah 39.5 saat untuk beberapa pusingan. Mereka melakukan pusingan itu yang bermakna mereka melebihi had," kata pelumba berusia 34 tahun itu.

"Jika saya cuba untuk memotong mereka, saya juga sudah melebihi had. Jadi saya berkata 'tunggu untuk lima pusingan'. Apabila cengkaman menurun saya mempunyai kemungkinan untuk menyerang.

"Saya menyerang Jorge Martin, kemudian Pedro Acosta, dan semua orang mula terjatuh. Kadang kala memiliki pengalaman memang membuahkan hasil!" katanya.

Espargaro menyifatkan kemenangan di gelanggang sendiri sebagai menakjubkan.

"Apabila kamu berlumba pada had, kamu tidak tahu sama ada kamu di sini atau di China. Kamu terlalu fokus," kata Espargaro. "Kamu mengangkat jentera dan menyedari kamu di laman sendiri, di laluan lurus, memenangi perlumbaan. Saya amat gembira.

"Saya tidak mempunyai sebarang tekanan. Saya mempunyai kontrak sehingga penghujung, dan selepas Valencia, saya akan pulang ke rumah. Saya akan cuba gembir, untuk senyum.

"Saya tidak pernah menikmati keadaan di grid. Ia adalah minggu terburuk. Saya tidak pernah menikmatinya. Tetapi hari ini saya menikmatinya. Saya bercakap dengan isteri saya, saya melihat rakan-rakan saya.

"Ia adalah kisah dongeng. Saya hilang kata-kata. Petak utama, memenangi Perlumbaan Sprint, semua orang di tempat duduk utama bersorak untuk saya. Saya tidak bermimpi untuk mendapat Khamis, Jumaat dan Sabtu yang lebih baik pada perlumbaan GP terakhir saya di laman sendiri."