DAKWAAN Marc Marquez Tak Berasas - Litar Mandalika

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

10/3/20241 min read

TUDUHAN Marc Marquez yang menyatakan marshal di Grand Prix Indonesia 2024 menggunakan pemadam api yang salah ketika memadam kebakaran jentera Ducati GP23 miliknya dinafikan Litar Mandalika.

Selepas menaiki podium pada Perlumbaan Sprint pada Sabtu, juara dunia lapan kali itu terpaksa meninggalkan litar lebih awal susulan masalah yang dihadapi jenteranya.

Masalah menyaksikan jentera pelumba Sepanyol itu mengeluarkan asap yang banyak dan terbakar. Dan sekalipun kebakaran berjaya dikawal, pelumba pasukan Gresini Ducati itu berkata kerosakan jenteranya bertambah berikutan penggunaan pemadam api yang salah.

Begitupun Persatuan Grand Prix Mandalika Grand Prix (MGPA) menegaskan, segala kelengkapan yang ada di litar itu, termasuk pemadam api memenuhi keperluan homologasi ditetapkan Persekutuan Motosikal Antarabangsa (FIM).

"Tengah hari itu (Khamis sebelum minggu GP Indonesia), homologasi Gred A FIM sudah diberikan, yang menyatakan yang Litar Antarabangsa Pertamina Mandalika sudah menjalani pemeriksaan dan semua peralatan yang ada di sana adalah baik untuk menjalankan sesi MotoGP pada pada Jumaat, Sabtu dan Ahad," kata Ketua Pegawai Eksekutif MGPA, Priandhi Satria kepada agensi berita nasional, Antara.

"Jika kenyataan penunggang mengatakan ia salah, jadi ia mungkin salah, ia mungkin salah. Sila beritahu FIM untuk memfailkan amaran rasmi kepada kami.

"Tetapi selagi FIM tidak memberi amaran dan FIM sudah mengeluarkan homologasi, pada pendapat saya ia bermakna FIM sudah menyemak dan mengetahui apa yang ada di Litar, sebab itu homologasi itu dikeluarkan dalam bentuk bertulis."

Marquez sebelum itu berkata akibat kerosakan yang dialami jenteranya, pasukan Gresini Ducati terpaksa mengeluar kos yang besar.

Saingan MotoGP 2024 dijadual bersambung di GP Jepun pada hujung minggu ini di Motegi.