DAMOK Kecewa Huni Petak Tercorot Moto3 GP Malaysia 2023, Ada Penambahbaikkan Tapi Tak Cukup
SUKAN PERMOTORAN 2 RODA
11/11/20232 min read
TUGAS sukar menanti pelumba Moto3 negara Syarifuddin Azman di perlumbaan Grand Prix (GP) Malaysia 2023, esok apabila terpaksa memulakan saingan di tangga paling belakang.
Selepas tampak bergelut pada sesi latihan bebas 1 dan 2 pada Jumaat, keputusan buruk pelumba pasukan MT Helmets-MSi itu berterusan pada sesi ketiga diikuti pada sesi kelayakan.
Mengakui kecewa dengan keputusan yang diraih, pelumba dengan julukan Damok itu mengakui pasukannya ada melakukan perubahan tetapi keputusan yang diraih masih sama.
"Kerana itu, saya tak dapat serasikan jentera dengan baik. Pada sesi kelayakan, mereka melakukan satu perubahan besar, saya dapat rasakan sesuatu yang lebih baik dari sebelum ini.
"Tetapi masih ada sedikit perkara yang perlu diperbaiki pada jentera."
Mengulas lanjut, Damok menjelaskan situasi yang dihadapinya tidak akan dijadikan alasan untuknya menyerah kalah dan masih ada peluang untuknya melakukan keajaiban esok.
Begitupun, dia mengharapkan pasukannya dapat melakukan pembaikan kepada jentera selain melihat kepada keputusan yang diraih John McPhee tahun lalu.
"Kalau dia (McPhee) boleh melakukannya, takkan saya tak boleh buat. Jadi saya harap pasukan dapat melakukan keajaiban esok," kata Damok.
Petak utama Moto3 GP Malaysia 2023 diisi pelumba pasukan Leopard Racing, Jaume Masia diikuti Collin Veijer (Liqui Moly Husqvarna Intact GP), petak kedua dan melengkapkan barisan depan adalah Matteo Bertelle (Rivacold Snipers Team).
Keputusan Sesi Kelayakan GP Malaysia 2023
1. Jaume Masia (SPA) Leopard Racing (Honda) 2m 10.846s
2. Collin Veijer (NED) Liqui Moly Husqvarna Intact GP (Husqvarna) 2m 11.752s
3. Matteo Bertelle (ITA) Rivacold Snipers Team (Honda) 2m 11.778s
4. Ivan Ortola (SPA) Angeluss MTA Team (KTM) 2m 11.899s
5. Ayumu Sasaki (JPN) Liqui Moly Husqvarna Intact GP (Husqvarna) 2m 12.002s
6. José Antonio Rueda (SPA) Red Bull KTM Ajo (KTM) 2m 12.113s
7. Joel Kelso (AUS) CFMOTO Racing PruestelGP (CFMOTO) 2m 12.115s
8. David Muñoz (SPA) BOE Motorsports (KTM) 2m 12.229s
9. Deniz Öncü (TUR) Red Bull KTM Ajo (KTM) 2m 12.240s
10. Diogo Moreira (BRA) MT Helmets - MSI (KTM) 2m 12.242s
11. Romano Fenati (ITA) Rivacold Snipers Team (Honda) 2m 12.275s
12. Ryusei Yamanaka (JPN) Gaviota GASGAS Aspar Team (GASGAS) 2m 12.308s
13. Xavier Artigas (SPA) CFMOTO Racing PruestelGP (CFMOTO) 2m 12.849s
14. Riccardo Rossi (ITA) SIC58 Squadra Corse (Honda) 2m 13.120s
15. Daniel Holgado (SPA) Red Bull KTM Tech3 (KTM) 2m 13.177s
16. Filippo Farioli (ITA) Red Bull KTM Tech3 (KTM) 2m 13.195s
17. Vicente Perez (SPA) BOE Motorsports (KTM) 2m 13.503s
18. Adrian Fernandez (SPA) Leopard Racing (Honda) 2m 13.630s
19. Mario Aji (INA) Honda Team Asia (Honda) 2m 12.792s
20. Taiyo Furusato (JPN) Honda Team Asia (Honda) 2m 12.802s
21. David Alonso (COL) Gaviota GASGAS Aspar Team (GASGAS) 2m 12.915s
22. Scott Ogden (GBR) VisionTrack Racing Team (Honda) 2m 12.916s
23. David Salvador (SPA) CIP Green Power (KTM) 2m 13.113s
24. Lorenzo Fellon (FRA) CIP Green Power (KTM) 2m 13.122s
25. Kaito Toba (JPN) SIC58 Squadra Corse (Honda) 2m 13.161s
26. Stefano Nepa (ITA) Angeluss MTA Team (KTM) 2m 13.204s
27. Joshua Whatley (GBR) VisionTrack Racing Team (Honda) 2m 13.209s
28. Syarifuddin Azman (MAL) MT Helmets - MSI (KTM) 2m 13.499s