DANI Pedrosa, Jorge Lorenzo 'Bertumbuk' Minggu Ini
SUKAN PERMOTORAN 2 RODA
6/18/20241 min read


JORGE Lorenzo dan Dani Pedrosa, dua bekas bintang MotoGP dan sudah pun bersara akan 'menghidupkan' perseteruan mereka tetapi menariknya bukan di litar, tetapi di gelanggang tinju.
Dianggap sebagai bahan lawak sebelum ini susulan cabaran dilontarkan Lorenzo kepada Pedrosa, tetapi 'pertarungan' kedua-dua pelumba kelahiran Sepanyol itu akhirnya menjadi kenyataan dengan perincian mengenainya turut diumumkan.
Dan 'iklan' mengenai pertarungan itu turut dipaparkan penyiar Sepanyol, DANZ dalam hantaran di laman sosial media rasminya.
Berdasarkan hantaran berkenaan, kedua-dua pelumba itu dijadual 'bergasak' pada 20 Jun ini.
Menariknya, DAZN yang juga pemegang hak siaran MotoGP akan menayangkan pertarungan berkenaan.
Selain itu, laman sosial rasmi Lorenzo di YouTube turut dilaporkan akan menyiarkan pertarungan itu.
Dan lokasi pertarungan itu dijadual berlangsung adalah di Barcelona.
Kepada yang tidak tahu, Lorenzo, 37 dan Pedrosa, 38 sememangnya musuh di grid ketika berlumba. Dan permusuhan mereka turut menyebabkan Raja Sepanyol masuk campur untuk memaksa kedua-duanya berjabat tangan.
Tetapi selepas Pedrosa mengumumkan persaraan pada 2019 diikuti Lorenzo pada 2019, kedua-duanya kini bekerja bersama DANZ sebagai pengulas.
Sebagai info, Pedrosa memiliki 3 kejuaraan dunia tetapi tiada dalam kelas perdana MotoGP dan Lorenzo memiliki 5 dan tiga daripadanya diperoleh di pentas MotoGP.
