DANIAL Syahmi Dapat Tiket Wildcard Moto3 GP India, Pasukan Petronas!

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

9/13/20231 min read

PELUMBA muda berbakat negara, Danial Syahmi Shahril terus diberi peluang untuk membuktikan kemampuannya apabila memperoleh tiket 'wildcard' beraksi di perlumbaan Moto3 Grand Prix India 2023, hujung bulan ini.

Ini adalah penampilan kedua Danial selepas melakukan debut Moto3 dengan menggantikan seorang lagi pelumba negara, Syarifudin Azman yang tak cergas ketika di GP Jerman, Jun lalu.

Untuk perlumbaan GP India, Danial akan berlumba bersama pasukan Petronas MIE Racing Vision Track Racing Team.

Dan Danial Syahmi akan bergandingan bersama 'hero' tuan rumah, Kadai Yaseen Ahamed, menurut kenyataan yang pengumuman dibuat secara bersama Petronas dan MIE Racing.

Sebagai info, GP India kembali ke kalendar pelumbaan MotoGP tahun ini dan dijadual berlangsung pada 22 hingga 24 September depan di Litar Antarabangsa Buddh.

Danial Syahmi baru saja menamatkan kempen Red Bull Rookies Cup, minggu lalu namun masih bersaing dalam kempen Kejuaraan Dunia Junior GP Moto3 bersama pasukan Asia Talent Team.