DANIAL Syahmi p7, Hakim Danish p20 Perlumbaan 1 RBRC 2023 Di Austria

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

8/20/20231 min read

TIADA pungutan mata berjaya diraih pelumba negara, Hakim Danish Ramli pada Perlumbaan 1 kejuaraan Red Bull MotoGP Rookies Cup (2023) di Austria, semalam ketika rakan senegaranya, Danial Syahmi Shahril melengkapkan aksi di tangga ketujuh.

Dalam aksi di Red Bull Ring itu, Danial yang memulakan perlumbaan di petak ke tujuh berjaya meletakkan dirinya di kelompok hadapan di awal perlumbaan.

Begitupun, sedikit kesilapan selepas 11 pusingan perlumbaan berlangsung menyaksikan harapan pelumba kelahiran Pulau Pinang itu untuk mengisi kedudukan podium tidak kesampaian.

“Saya bermula di petak ke-7 dan tamatkan perlumbaan juga di tempat ke-7. Saya bermula agak bagus dan saya berjaya memintas seorang pelumba terus meletakkan diri saya di kelompok pertama," kata Danial.

Selepas 11 pusingan berlalu, saya ada melakukan kesilapan. Saya terletak gear dalam keadaan 'neutral' yang menyebabkan jarak antara saya bersama kelompok hadapan.

"Bagaimanapun, ini adalah keputusan yang baik buat saya untuk mengumpul mata. Saya akan berjuang lagi untuk Race 2 esok (hari ini).”

Sementara itu, kesilapan turut menganggu Hakim Danish untuk meletakkan dirinya di dalam kelompok pungutan mata.

“Selesai perlumbaan 1 di Red Bull Ring. Saya bermula di petak ke-13 dan tamatkan perlumbaan di tempat ke-20.

"Ini bukanlah keputusan yang baik dari saya. Saya masih perlu perbaiki cara tunggangan saya dan tidak boleh membuat sebarang kesilapan di dalam perlumbaan.

"Saya masih ada lagi satu peluang di perlumbaan 2 pada esok (hari ini) dan saya akan buat sehabis baik saya untuk ke hadapan."

Kedudukan semasa Danial & Hakim

1. Angel PIQUERAS SPA (248 Mata)

2. Alvaro CARPE SPA (142 Mata)

3. Máximo QUILES SPA (123 Mata)

*10. HAKIM DANISH (67 Mata)

*15. DANIAL SHAHRIL (39 Mata)