DARI 4 Mata Jadi 2 Mata
Memulakan perlumbaan di petak ke-26 dan menjadi pelumba terakhir di grid, Hakim Danish berjaya menampilkan kebangkitan apabila pantas meletakkan diri dalam kelompok pungutan mata di awal perlumbaan
SUKAN PERMOTORAN 2 RODA
10/11/20261 min read


SATU lagi 'insiden' mengecewakan terjadi kepada pelumba Moto3 negara, Hakim Danish Ramli yang akhirnya terpaksa berpuas hati hanya membawa pulang 2 mata berbanding 4 mata dari GP Indonesia 2026 di Mandalika, hari ini.
Memulakan perlumbaan di petak ke-26 dan menjadi pelumba terakhir di grid, pelumba pasukan AEON Credit MT Helmets MSi itu berjaya menampilkan kebangkitan apabila pantas meletakkan diri dalam kelompok pungutan mata di awal perlumbaan.
Lebih menarik, pelumba kelahiran Terengganu itu pada satu ketika berada dalam kelompok 10 terbaik sebelum melepasi garisan penamat di kedudukan ke-12.
Tetapi berbanding membawa pulang 4 mata kejuaraan, insiden yang berlaku pada pusingan terakhir perlumbaan menyaksikan Hakim Danish dikenakan penalti 3 saat sekali gus meletakkannya di kedudukan ke-14 yang memberikan 2 mata.
Perlumbaan dimenangi pelumba Sepanyol, Maximo Quiles dari pasukan CFMOTO Gaviota Aspar dengan kemenangan turut menyaksikannya dinobatkan juara dunia Moto3 musim 2026.
Pelumba pasukan Liqui Moly Dynavolt Intact GP, David Almansa yang menjadi antara pelumba secara matematik mampu menghalang Quiles bergelar juara dunia lebih awal menamatkan perlumbaan di tempat ke-2.
Pelumba 'Rookie' dari pasukan Red Bull KTM Ajo, Brian Uriarte melengkapkan kedudukan podium.
Sementara itu, keputusan di Mandalika menyaksikan kedudukan Hakim Danish dalam kedudukan carta Moto3 jatuh 2 anat tangga ke kedudukan ke-9 dengan mengumpul 107 mata.
Kedudukan pelumba negara itu dirampas pelumba tuan rumah, Veda Ega Pratama yang menamatkan perlumbaan di tempat ke-6 selain pelumba Itali, Matteo Bertelle yang melepasi garisan penamat di Mandalikan di tempat ke-4.

