DAVID Alonso Menang Moto3 GP Thailand, Damok Terus Kempunan!

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

10/29/20232 min read

PERLUMBAAN MotoGP Grand Prix (GP) Thailand 2023 menobatkan pelumba 'Rookie', David Alonso sebagai juara ketika pelumba negara, Syarifuddin Azman sekali lagi menamatkan aksi di luar kedudukan mata.

Dalam aksi di Buriram itu, Alonso dari pasukan Gaviota GASGAS Aspar Team seperti melakukan 'magis' selepas memenangi perlumbaan sekalipun memulakan aksi di petak ke-12.

Ia adalah kemenangan ke-4 pelumba kelahiran Colombia itu musim ini yang sekaligus meletakkannya di carta ketiga keseluruhan Moto3.

Turut mencipta kejayaan di Buriram adalah pelumba Jepun, Taiyo Furusato dari pasukan Honda Team Asia yang menamatkan perlumbaan sebagai naib juara.

Kejayaan menaiki podium adalah yang pertama buat Furusato dalam kariernya di Moto3.

Selain Furusato, turut menaiki podium buat kali pertama adalah pelumba Belanmda, Collin Veijer dari pasukan Liqui Moly Husqvarna Intact GP yang menamatkan aksi di tangga ketiga.

Sementara itu, tiada kebangkitan dapat disaksikan daripada Damok selepas pelumba itu menamatkan perlumbaan di tangga ke-24.

Pelumba kelahiran Kuala Lumpur itu sebelum ini memperoleh sesi ujian yang positif namun mengharungi sesi kelayakan yang sukar untuk memulakan perlumbaan di petak ke-20.

Keputusan Moto3 GP Thailand 2023

1. David Alonso (COL) Gaviota GASGAS Aspar Team (GASGAS), 32m 45.307s

2. Taiyo Furusato (JPN) Honda Team Asia (Honda), 32m 45.573s

3. Collin Veijer (NED) Liqui Moly Husqvarna Intact GP (Husqvarna), 32m 45.666s

4. Jaume Masia (SPA) Leopard Racing (Honda), 32m 45.689s

5. Deniz Öncü (TUR) Red Bull KTM Ajo (KTM), 32m 45.864s

6. Daniel Holgado (SPA) Red Bull KTM Tech3 (KTM), 32m 46.440s

7. Matteo Bertelle (ITA) Rivacold Snipers Team (Honda), 32m 46.595s

8. Riccardo Rossi (ITA) SIC58 Squadra Corse (Honda), 32m 46.614s

9. Ryusei Yamanaka (JPN) Gaviota GASGAS Aspar Team (GASGAS), 32m 46.720s

10. Kaito Toba (JPN) SIC58 Squadra Corse (Honda), 32m 46.752s

11. Ivan Ortolá (SPA) Angeluss MTA Team (KTM), 32m 46.775s

12. Joel Kelso (AUS) CFMOTO Racing PruestelGP (CFMOTO), 32m 47.644s

13. Diogo Moreira (BRA) MT Helmets - MSI (KTM), 32m 47.716s

14. Xavier Artigas (SPA) CFMOTO Racing PruestelGP (CFMOTO), 32m 51.804s

15. Adrian Fernandez (SPA) Leopard Racing (Honda), 32m 51.970s

16. José Antonio Rueda (SPA) Red Bull KTM Ajo (KTM), 32m 52.120s

17. Stefano Nepa (ITA) Angeluss MTA Team (KTM), 32m 52.279s

18. Vicente Perez (SPA) BOE Motorsports (KTM), 32m 59.791s

19. Filippo Farioli (ITA) Red Bull KTM Tech3 (KTM), 33m 1.229s

20. Scott Ogden (GBR) VisionTrack Racing Team (Honda), 33m 1.748s

21. Lorenzo Fellon (FRA) CIP Green Power (KTM), 33m 3.342s

22. Nicola Fabio Carraro (ITA) Rivacold Snipers Team (Honda), 33m 14.045s

23. Joshua Whatley (GBR) VisionTrack Racing Team (Honda), 33m 17.065s

24. Syarifuddin Azman (MAL) MT Helmets - MSI (KTM), 33m 19.201s

25. David Salvador (SPA) CIP Green Power (KTM), 33m 19.318s

26. Mario Aji (INA) Honda Team Asia (Honda), 33m 19.411s

27. Krittapat Keankum (THA) Yamaha Thailand Racing - BOE (KTM), 34m 0.335s

28. Tatchakorn Buasri (THA) Honda Team Asia (Honda), +1 lap

David Muñoz (SPA) BOE Motorsports (KTM), DNF

Ayumu Sasaki (JPN) Liqui Moly Husqvarna Intact GP (Husqvarna), DNF