DEBUT Global 'Scalpel' Terbaharu KTM 990 Duke (2024) Di Milan, 121.4 Hp

TERKINI

11/18/20232 min read

TIDAK mahu ketinggalan, syarikat pengeluar motosikal terkemuka Austria, KTM melakukan debut global penawaran terbaharunya dalam segmen 'Naked', KTM 990 Duke (2024).

Dan destinasi pengenalan motosikal serba baharu itu dibuat ketika acara pameran motosikal terkenal, Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2023 yang baru saja berakhir, minggu lalu.

Sedikit info mengenai 'Scalpel', model 'Naked' berkenaan mula diperkenalkan KTM pada 2017 menerusi pelancaran model yang dianggap 'Scalpel' original KTM 790 Duke.

Dan selepas beberapa tahun berada di pasaran, KTM kemudian memperkenalkan KTM 890 Duke dan 890 Duke R sebelum melancarkan KTM 990 Duke yang dikatakan lebih berkuasa.

Tetapi kehadiran KTM 990 Duke turut memberi 'pening' kepada pengeluar itu untuk meletakkan motosikal berkenaan sama ada dalam segmen 'Naked' Aras tengah atau tinggi.

Tiba sebagai model baharu, selain di bahagian rekaan, antara yang mengalami peribahan adalah trenkuasa, KTM 990 Duke (2024) kini dijana enjin LC8c baharu bersesaran 947 cc, 2 Silinder Parallel-Twin, Penyejuk Cecair, Suntikan Bahan Api yang digandingkan dengan transmisi 6 kelajuan klac manual.

Angka kuasa yang diberitahu adalah 123 Hp dan tork sebesar 103 Nm yang menjadikan KTM 990 Duke jentera bawah 1,000 cc paling berkuasa daripada jenama itu.

Mengulas ringkas rekaan (boleh rujuk imej), antara perbezaan utama KTM 9980 Duke adalah penggunaan lampu depan baharu. Apa yang menarik, ia kini tampil dengan ciri terdedah tanpa pelindung seperti KTM 890 Duke atau 790 Duke.

Sebagai motosikal moden yang menggunakan sistem IMU (Unit Pengukuran Inersia), antara teknologi yang dimiliki KTM 990 Duke (2024) Kawalan Traksi, 'Lean-sensitive ABS', mod tunggangan (ada mod Track dan Supermoto) dan 'Cornering ABS'.

Panel meter menggunakan TFT-LCD berwarna 5 inci dan memiliki ciri sambungan ke telefon bimbit.

Seperti model-model KTM lain, sistem suspensi menggunakan jenama WP Apex (depan dan belakang) boleh laras dan sistem brek menggunakan cakera kembar 300 mm (depan) dengan kaliper Brembo 4 Piston dan cakera tunggal 240 mm kaliper 2 Piston.

Antara kekuatan 'Scalpel' adalah ia ringan dan untuk KTM 990 Duke (2024), ia hanya memiliki berat 179 kg (kering). Informasi lain adalah kapasiti tangki bahan api 14.5 liter, port pengecas pantas USB-C.

Setakat ini, tiada pengumuman rasmi mengenai kehadiran KTM 990 Duke (2024) di pasaran Malaysia ataupun Asia tetapi ada yang mendakwa, ia akan tiba seawal Disember ini di Eropah.