DEBUT Perlumbaan MotoGP Macam 'Hilang Teruna' - Pedro Acosta
SUKAN PERMOTORAN 2 RODA
3/13/20241 min read
AGAK lucu tetapi pelumba 'Rookie' MotoGP musim ini, Pedro Acosta menggambarkan perlumbaan sulungnya di kelas elit kejuaraan berkenaan di Qatar sama seperti situasi 'hilang teruna.'
Acosta yang beraksi bersama pasukan satelit KTM, GasGas Tech3 memulakan kempennya di Litar Losail dengan menamatkan Perlumbaan Sprint di tangga ke-8 sebelum mengakhiri pelumbaan utama di kedudukan ke-9.
Sekalipun tidak berada di podium, pelumba kelahiran Sepanyol berusia 19 tahun itu tampil dengan prestasi mengagumkan apabila bersaing di kelompok depan malah pada satu ketika berada di posisi menghampiri podium.
"Ia berlangsung cukup lama." kata Acosta memetik laporan GPOne. "Ia seperti kamu kehilangan teruna - segala-galanya bermula dengan baik dan kemudian ia menjadi bencana.
"Ia mungkin tidak berakhir dengan amat baik. Tetapi saya puas, datang pada perlumbaan pertama dan memintas begitu ramai pelumba adalah perkara yang paling saya nikmati.
"Memintas orang lain, memiliki kelajuan yang diharapkan dan berada di saya adalah apa yang paling saya suka."
Mengulas lanjut, juara dunia Moto2 2023 yang mengesahkan gelarannya di GP Malaysia itu mengakui ada jurang pengalaman yang berbeza terutama dengan pelumba di depannya.
"Mungkin saya tidak menguruskan perlumbaan dengan baik, di antara minyak dan tayar," kata Acosta. "Kami masih boleh meningkat.
"Mereka membawa perkakasan baharu di sini dan saya fikir ia agak jauh daripada tangan saya dan juga agak tinggi. Untuk perlumbaan berikutnya kami perlu mengubahsuai tuil supaya ia lebih rendah, kerana ia agak jauh untuk saya.
"Saya sebenarnya bukan terlalu penat. Saya tidak mengalami kesakitan di bahagian tangan, hanya sedikit ketidakselesaan."