DESTINASI Damok Selepas Disisih MT Helmets-MSi Musim Depan Masih Kabur
SUKAN PERMOTORAN 2 RODA
11/10/20233 min read
SELEPAS sah khidmatnya bersama pasukan MT Helmets-Msi dalam kempen Moto3 musim depan tak lagi diperlukan, pelumba negara, Syarifuddin Azman perlu 'bekerja keras' demi kelangsungan kariernya.
Tetapi sehingga kini ketika Grand Prix (GP) Malaysia 2023 berlangsung, pelumba kelahiran Kuala Lumpur yang terkenal dengan gelaran Damok masih belum menemui pasukan pengganti yang seakan memberi petanda menakutkan musim depan.
Masih berharap untuk beraksi di pentas kejuaraan motosikal dunia, Damok berkata dia menyerahkan tugas itu kepada pengurusan ZK Racing yang diketuai bekas pelumba negara, Zulfahmi Khairuddin.
Kata Damok, dia setakat ini masih menunggu kata putus daripada Zulfahmi sendiri.
"Ke mana?, itu saya tak tahu. Ramai yang menunggu kata putus dari pengurus pasukan. Saya harap ada berita baik untuk musim depan nanti," kata Damok.
Mengulas lanjut, Damok berkata sukar untuk seseorang pelumba itu melakukan kejutan pada tahun pertamanya namun jika diberi peluang 'kedua', mungkin kejutan mampu dicapai.
"Ketika ini, saya hanya memberi tumpuan untuk tiga baki pusingan musim ini, tak akan memikirkan mengenai ke mana saya akan pergi. Memang serahkan kepada pengurus untuk menentukannya, kalau tidak sudah tentu akan menjadikan lebih tekanan dan hilang fokus."
Pada hari pertama GP Malaysia 2023 hari ini, Damok menamatkan sesi Latihan Bebas 1 di tangga ke-23 terpantas dengan catatan terbaik 2 minit 14.258 saat (s).
Begitupun, keputusan lebih teruk dicatatkan Damok pada sesi Latihan Bebas 2 apabila dia menamatkan sesi di tangga ke-26 terpantas dengan catatan masa 2 minit 14.598s.
Kedua-dua sesi Latihan Bebas dikuasai pelumba Sepanyol yang juga pendahulu kejuaraa, Jaume Masia.
Keputusan Sesi Latihan Bebas 1 GP Malaysia 2023
1. Jaume Masia (SPA) Leopard Racing (Honda) 2m 12.065s
2. Deniz Oncu (TUR) Red Bull KTM Ajo (KTM) 2m 12.500s
3. Romano Fenati (ITA) Rivacold Snipers Team (Honda) 2m 12.580s
4. Diogo Moreira (BRA) MT Helmets - MSI (KTM) 2m 12.955s
5. David Munoz (SPA) BOE Motorsports (KTM) 2m 12.958s
6. José Antonio Rueda (SPA) Red Bull KTM Ajo (KTM) 2m 13.042s
7. Joel Kelso (AUS) CFMOTO Racing PruestelGP (CFMOTO) 2m 13.044s
8. Ayumu Sasaki (JPN) Liqui Moly Husqvarna Intact GP (Husqvarna) 2m 13.374s
9. David Alonso (COL) Gaviota GASGAS Aspar Team (GASGAS) 2m 13.384s
10. Xavier Artigas (SPA) CFMOTO Racing PruestelGP (CFMOTO) 2m 13.420s
11. Daniel Holgado (SPA) Red Bull KTM Tech3 (KTM) 2m 13.480s
12. Ivan Ortola (SPA) Angeluss MTA Team (KTM) 2m 13.568s
13 Stefano Nepa (ITA) Angeluss MTA Team (KTM) 2m 13.589s
14. Matteo Bertelle (ITA) Rivacold Snipers Team (Honda) 2m 13.597s
15. Adrian Fernandez (SPA) Leopard Racing (Honda) 2m 13.728s
16. Filippo Farioli (ITA) Red Bull KTM Tech3 (KTM) 2m 13.749s
17. Taiyo Furusato (JPN) Honda Team Asia (Honda) 2m 13.851s
18. Riccardo Rossi (ITA) SIC58 Squadra Corse (Honda) 2m 13.882s
19. Joshua Whatley (GBR) VisionTrack Racing Team (Honda) 2m 13.961s
20. Ryusei Yamanaka (JPN) Gaviota GASGAS Aspar Team (GASGAS) 2m 14.109s
21. Scott Ogden (GBR) VisionTrack Racing Team (Honda) 2m 14.135s
22. Kaito Toba (JPN) SIC58 Squadra Corse (Honda) 2m 14.149s
23. Syarifuddin Azman (MAL) MT Helmets - MSI (KTM) 2m 14.258s
24. Vicente Perez (SPA) BOE Motorsports (KTM) 2m 14.317s
25. Collin Veijer (NED) Liqui Moly Husqvarna Intact GP (Husqvarna) 2m 14.327s
26. David Salvador (SPA) CIP Green Power (KTM) 2m 14.334s
27. Mario Aji (INA) Honda Team Asia (Honda) 2m 14.649s
28 Lorenzo Fellon (FRA) CIP Green Power (KTM) 2m 14.982s
Keputusan Sesi Latihan Bebas 2
1. Taiyo Furusato (JPN) Honda Team Asia (Honda) 2m 12.518s
2. David Alonso (COL) Gaviota GASGAS Aspar Team (GASGAS) 2m 12.555s
3. Matteo Bertelle (ITA) Rivacold Snipers Team (Honda) 2m 12.570s
4. Daniel Holgado (SPA) Red Bull KTM Tech3 (KTM) 2m 12.574s
5. Adrian Fernandez (SPA) Leopard Racing (Honda) 2m 12.647s
6. Ayumu Sasaki (JPN) Liqui Moly Husqvarna Intact GP (Husqvarna) 2m 12.662s
7. Jaume Masia (SPA) Leopard Racing (Honda) 2m 12.699s
8. David Munoz (SPA) BOE Motorsports (KTM) 2m 12.803s
9. Ivan Ortola (SPA) Angeluss MTA Team (KTM) 2m 12.940s
10. Romano Fenati (ITA) Rivacold Snipers Team (Honda) 2m 12.946s
11. Deniz Oncu (TUR) Red Bull KTM Ajo (KTM) 2m 12.992s
12. Joel Kelso (AUS) CFMOTO Racing PruestelGP (CFMOTO) 2m 13.154s
13. José Antonio Rueda (SPA) Red Bull KTM Ajo (KTM) 2m 13.369s
14. Diogo Moreira (BRA) MT Helmets - MSI (KTM) 2m 13.482s
15. Kaito Toba (JPN) SIC58 Squadra Corse (Honda) 2m 13.490s
16. Stefano Nepa (ITA) Angeluss MTA Team (KTM) 2m 13.499s
17. Ryusei Yamanaka (JPN) Gaviota GASGAS Aspar Team (GASGAS) 2m 13.536s
18. Vicente Perez (SPA) BOE Motorsports (KTM) 2m 13.540s
19. Riccardo Rossi (ITA) SIC58 Squadra Corse (Honda) 2m 13.612s
20. Filippo Farioli (ITA) Red Bull KTM Tech3 (KTM) 2m 13.773s
21. Collin Veijer (NED) Liqui Moly Husqvarna Intact GP (Husqvarna) 2m 13.788s
22. Joshua Whatley (GBR) VisionTrack Racing Team (Honda) 2m 13.990s
23. Lorenzo Fellon (FRA) CIP Green Power (KTM) 2m 13.997s
24. David Salvador (SPA) CIP Green Power (KTM) 2m 14.148s
25. Mario Aji (INA) Honda Team Asia (Honda) 2m 14.349s
26. Syarifuddin Azman (MAL) MT Helmets - MSI (KTM) 2m 14.598s
27. Scott Ogden (GBR) VisionTrack Racing Team (Honda) 2m 15.105s
28. Xavier Artigas (SPA) CFMOTO Racing PruestelGP (CFMOTO) 2m 15.365s