DIARI Service MForce Diperkenalkan, Nak Rekod Servis Motosikal Lebih Mudah!

Platform itu direka MForce Bike sebagai diari servis digital yang membolehkan pelanggan merekod sendiri maklumat penyelenggaraan motosikal, termasuk sejarah servis secara dalam talian

TERKINI

1/1/20261 min read

SEBUAH platform digital baharu dikenali Diari Service MForce dibangunkan MForce Bike Holdings Sdn. Bhd. (MForce Bike) khusus bagi membantu pemilik motosikal di bawah syarikat itu menyimpan dan menjejak rekod servis kenderaan mereka secara sistematik serta berpusat.

Platform itu direka sebagai diari servis digital yang membolehkan pelanggan merekod sendiri maklumat penyelenggaraan motosikal, termasuk sejarah servis secara dalam talian.

Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan MForce Bike dalam memperkukuh pengalaman pemilikan motosikal, selain meningkatkan tahap kepercayaan pelanggan terhadap jenama berkenaan.

Ciri-ciri utama Diari Service MForce adalah:

  • Rekod servis berbentuk diari digital.

  • Pelanggan boleh memasukkan dan mengemas kini rekod servis sendiri.

  • Paparan sejarah servis motosikal yang tersusun dan mudah dirujuk.

  • Sistem dalam talian yang boleh diakses pada bila-bila masa.

Selain itu, MForce Bike turut menyediakan Manual Pengguna Diari Service MForce sebagai panduan lengkap untuk pelanggan, merangkumi proses pendaftaran akaun, penambahan motosikal serta kemas kini rekod servis.

MForce Bike berkata platform digital ini adalah sebahagian daripada fokus syarikat itu terhadap perkhidmatan selepas jualan, selari dengan usaha memperkenalkan pelbagai model motosikal baharu ke pasaran Malaysia tanpa mengabaikan aspek sokongan jangka panjang kepada pelanggan.

Dalam pada itu, pegenalan Diari Service MForce turut berharap dapat membantu pemilik motosikal mengurus rekod penyelenggaraan dengan lebih cekap, sekali gus menyokong nilai penggunaan motosikal yang lebih terancang dan berinformasi.