DIREMPUH Burung, Marco Bezzecchi Tetap Takluk Aksi Sprint Di Phillip Island

Marco Bezzecchi, yang bakal menjalani penalti dua 'long lap' pada perlumbaan utama susulan insiden dengan Marc Marquez di GP Indonesia, tidak tergugat walaupun jentera Aprilia RS-GP25 miliknya terjejas akibat burung yang tersangkut di bahagian hadapan jentera

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

10/18/20252 min read

MARCO Bezzecchi dari pasukan Aprilia Racing meneruskan dominasinya dengan menjuarai Perlumbaan Sprint Grand Prix (GP) Australia 2025, hari ini meskipun berdepan insiden luar biasa apabila dia dirempuh burung camar ketika pusingan pemanas badan.

Pelumba Itali itu yang bermula dari petak kedua, mempamerkan tunggangan mantap untuk menamatkan perlumbaan 13 pusingan itu dengan catatan masa 19 minit 3.971 saat, mengatasi seorang lagi pelumba Aprilia dari pasukan satelit Trackhouse, Raul Fernandez dengan kelebihan 3.149 saat.

Bezzecchi, yang bakal menjalani penalti dua 'long lap' pada perlumbaan utama susulan insiden dengan Marc Marquez di GP Indonesia, tidak tergugat walaupun jentera Aprilia RS-GP25 miliknya terjejas akibat burung yang tersangkut di bahagian hadapan jentera.

Sekalipun sentiasa berada di belakang Fernandez yang mendahului sebahagian besar perlumbaan, Bezzecchi berada di depan selepas memintas pelumba Sepanyol itu di selekoh kedua pada pusingan ke-10.

Melengkapkan kedudukan podium adalah Pedro Acosta dari Red Bull KTM.

Keputusan itu sekali gus menamatkan rekod podium berturut-turut Ducati dalam Perlumbaan Sprint sejak format baharu diperkenalkan.

Keputusan turut menyaksikan pelumba tuan rumah, Jack Miller dari Pramac Yamaha dengan beza hanya 0.066 saat, manakala Fabio Di Giannantonio dari VR46 Ducati di tempat kelima, 0.040 saat di belakang Miller.

Pelumba Gresini Ducati, Alex Marquez yang bermula dari petak keenam, sempat mendahului seketika sebelum dipintas Fernandez melepasi garisan penamat di tempat ke-6.

Fabio Quartararo dari pasukan Monster Yamaha yang bermula dari petak utama terpaksa berpuas hati menamatkan perlumbaan di tempat ketujuh akibat permulaan perlahan.

Pelumba utama Ducati, Francesco Bagnaia terus bergelut di Phillip Island apabila menamatkan perlumbaan di tempat ke-19, hanya mengatasi pelumba ujian Michele Pirro.

Perlumbaan kali ini tidak menampilkan tiga pelumba yang mengisi barisan depan pada musim lalu iaitu Marc Marquez, Jorge Martin dan Maverick Vinales yang masing-masing berdepan kecederaan.

Keputusan penuh Perlumbaan Sprint MotoGP Australia 2025

  1. Marco Bezzecchi (ITA) Aprilia Racing (RS-GP25) 19m 3.971s

  2. Raul Fernandez (SPA) Trackhouse Aprilia (RS-GP25) +3.149s

  3. Pedro Acosta (SPA) Red Bull KTM (RC16) +5.310s

  4. Jack Miller (AUS) Pramac Yamaha (YZR-M1) +5.376s

  5. Fabio Di Giannantonio (ITA) Pertamina VR46 Ducati (GP25) +5.416s

  6. Alex Marquez (SPA) BK8 Gresini Ducati (GP24) +6.109s

  7. Fabio Quartararo (FRA) Monster Yamaha (YZR-M1) +8.706s

  8. Luca Marini (ITA) Honda HRC Castrol (RC213V) +8.938s

  9. Pol Espargaro (SPA) Red Bull KTM Tech3 (RC16) +9.252s

  10. Enea Bastianini (ITA) Red Bull KTM Tech3 (RC16) +9.752s

  11. Joan Mir (SPA) Honda HRC Castrol (RC213V) +10.231s

  12. Johann Zarco (FRA) Castrol Honda LCR (RC213V) +12.104s

  13. Alex Rins (SPA) Monster Yamaha (YZR-M1) +12.132s

  14. Miguel Oliveira (POR) Pramac Yamaha (YZR-M1) +17.494s

  15. Franco Morbidelli (ITA) Pertamina VR46 Ducati (GP24) +18.967s

  16. Lorenzo Savadori (ITA) Aprilia Factory (RS-GP25) +25.185s

  17. Ai Ogura (JPN) Trackhouse Aprilia (RS-GP25)* +27.784s

  18. Somkiat Chantra (THA) Idemitsu Honda LCR (RC213V)* +28.945s

  19. Francesco Bagnaia (ITA) Ducati Lenovo (GP25) +32.408s

  20. Michele Pirro (ITA) Ducati Test Rider (GP25) +35.523s

Fermin Aldeguer (SPA) BK8 Gresini Ducati (GP24)* DNF

Brad Binder (RSA) Red Bull KTM (RC16) DNF