DITIMPA Kemalangan Ngeri Ketika Sesi Super-pole Cub Prix, Izzat Zaidi Kini Kritikal Di HSA

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

10/9/20231 min read

PELUMBA Pasukan Yamaha CKJ Racing, Izzat Zaidi Salehan yang terlibat kemalangan ketika sesi ‘Super-Pole pada perlumbaan Cub Prix Malaysia di Litar Bandar Medini Iskandar, Johor, Sabtu lalu berada dalam keadaan kritikal susulan kecederaan yang dihadapi.

Izzat ketika ini dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Sultanah Aminah dan disahkan mengalami kecederaan patah tulang rusuk dan kecederaan paru-paru.

Memetik laporan Kosmo!, Pasukan CKJ Racing berharap peminat sukan permotoran dua roda di Malaysia mendoakan kesejahteraan pelumba itu yang ketika ini sedang menjalani rawatan.

Izzat mengalami kemalangan selepas jentera Yamaha yang ditunggangnya melanggar penghadang jalan dan terbabas ke pagar keselamatan di tepi litar.

Video kemalangan ngeri berkenaan turut tular selepas tersebar di media sosial.

Pengurus Pasukan CKJ Racing, Amer Saad berkata kepada Kosmo!, akibat kemalangan tersebut Izzat terus dikejarkan ke Hospital Sultanah Aminah dan disahkan mengalami kecederaan patah tulang rusuk dan kecederaan paru-paru.

Susulan insiden tersebut, sesi Super-Pole sebelah pagi dibatalkan. Bagaimanapun, perlumbaan CP150 diteruskan dan dimenangi seorang lagi pelumba CKJ Racing, Akid Aziz.