DIUMUM Tiba Bawah RM 10k, CFMoto 250 Dual Lite Sedia Gegar Pasaran Tempatan!
Tampil dengan gaya yang rugged dan garang, CFMoto 250 Dual Lite dijangka mampu menjadi pilihan kepada mereka yang mahukan kelainan berbanding kapcai dan skuter
TERKINI
12/11/20251 min read


CFMOTO sudah membawa masuk dua model 'Lite' di pasaran Malaysia menerusi CFMoto 250SR Lite dan CFMoto 250NK Lite dan apa yang menarik pastinya membabitkan harga yang ditawarkan.
Dan terbaharu, ada perkembangan menarik diperoleh ketika lawatan media Malaysia bersama MForce Bike ke China, baru-baru ini apabila difahamkan, satu lagi model yang menggunakan nama 'Lite' bakal dibawa masuk dan apa yang mengujakan dalam segmen lasak iaitu CFMoto 250 Dual Lite.
Dijangka mampu menjadi pilihan kepada mereka yang mahukan kelainan berbanding kapcai dan skuter, dari sudut rekaan, CFMoto 250 Dual Lite tampil dengan gaya yang rugged dan garang.
Apa yang menarik, seperti namanya, model 'dual-purpose' ini pastinya boleh dibawa 'melayan' laluan lasak termasuk memasuki hutan dan ladang.
Ulas spesifikasi trenkuasa, CFMoto 250 Dual Lite dijana enjin 249.2 cc, 1 Silinder, Penyejuk Cecair, Suntikan Bahan Api, SOHC, dengan transmisi 6 kelajuan klac manual.
Kuasa 24 Hp @ 8,000 rpm, tork 22.5 Nm @ 7,000 rpm
Info lain adalah seperti berikut:
Tangki bahan api 13 liter
Rim spoke dengan tayar tube, saiz 21 inci (depan) dan 18 inci (belakang)
Suspensi teleskopik depan dan monoshock belakang
Lega bumi 245 mm
Berat 154 kg
ABS standard, lampu LED, meter digital LCD, dan port USB Type-A
Setakat ini, antara maklumat yang diperoleh adalah CFMoto 250 Dual Lite dijadual masuk ke pasaran negara pada awal tahun 2026.
Tetapi info lebih menarik adalah harga jualannya yang dijangka bawah RM 10k.











