DIUMUMKAN Pada Harga RM 9,888, Inilah CFMOTO 250NK Lite (2025)!

PELANCARAN

5/17/20251 min read

SYARIKAT pengeluar motosikal gergasi China, CFMOTO seperti diketahui memiliki satu sub-jenama baharu dikenali CFLite yang boleh dikatakan baru dilancarkan di pasaran global.

Dan selepas beberapa laporan mengenai kehadiran model itu di pasaran tempatan keluar, pengedar rasmi jenama CFMOTO di Malaysia, MForce Bike membuat kejutan dengan melancarkan penawaran sulungnya dikenali CFMOTO 250NK Lite (2025), baru-baru ini.

Dihasilkan sebagai jenama yang memfokuskan kepada penawaran harga mampu milik atau 'marhaen', CFMOTO 250NK Lite (2025) juga termasuk dalam kategori berkenaan apabila diumumkan pada harga RM 9,888.

Seperti biasa, harga berkenaan tidak termasuk yuran pendaftaran, cukai jalan dan insuran.

Empat pilihan warna ditawarkan iaitu Zephyr Blue, Bordeaux Red, Nebula White dan Nebula Black.

Di bahagian trenkusa, CFMOTO 250NK Lite (2025) dikuasakan enjin bersesaran 249 cc, 1 Silinder, 4 Lejang, Suntikan Bahan Api, Penyejuk Cecair, DOHC yang digandingkan dengan transmisi 6 kelajuan klac manual.

Kuasa dihamburkan adalah sebesar 27.5 Hp pada 9,750 rpm dan tork 22 Nm pada 7,500 rpm.

Jika ada yang beranggapan CFMOTO 250NK Lite (2025) dipadankan dengan teknologi purba, ia turut didatangkan dengan pelbagai teknologi moden antaranya sistem penghidup elektrik.

Sistem suspensi menggunakan fork konvensional dengan jarak travel 120 mm (depan) dan penyerap hentak tunggal berlakang.

Sistem henti dilengkapi brek cakera tunggal bersaiz 292 mm dengan kaliper 4 Piston (depan) dan cakera tunggal 220 mm dengan kaliper 1 Piston (belakang).

Info lanjut:

  • Sistem lampu LED penuh

  • Panel meter jenis LCD

  • Port pengecas USB Type-A, Type-C

  • Set roda 110/70-R17 (depan) 140/60-R17 (belakang) rim aloi

  • Tinggi pelana 795 mm

  • Lega bumi 150 cc

  • Tangki bahan api 12.5 liter

  • Berat 158 kg

Seperti biasa, pembeli CFMOTO 250NK Lite (2025) dipadankan dengan jaminan pengeluar selama dua tahun dengan jarak perjalanan tanpa had oleh CFMOTO Malaysia.