DIUMUMKAN RM 7,888, Inilah Srambler WMoto Hawk 200i (2026)!
Seperti penampilannya, WMoto Hawk 200i direka untuk penunggang yang memerlukan prestasi boleh diharapkan bukan saja di jalan raya biasa, namun laluan off-road
PELANCARAN
2/3/20261 min read


WMOTO Malaysia mencipta sensasi apabila melancarkan motosikal bergaya lasak atau 'Scrambler' WMoto Hawk 200i (2026) yang tiba bersama penawaran harga badan cukup mengejutkan, RM 7,888.
Seperti rekaannya, WMoto Hawk 200i direka untuk penunggang yang memerlukan prestasi boleh diharapkan bukan saja di jalan raya biasa, namun laluan off-road.
Dua pilihan warna menarik tersedia iaitu:
Obsidian Black
Extreme Red
Ulas trenkuasa, WMoto Hawk 200i (2026) dipadankan dengan enjin bersesaran 200 cc, 1 Silinder, 2 Injap, Penyejuk Cecair, Suntikan Bahan Api, SOHC dengan transmisi 5 kelajuan klac manual.
Kuasa berada pada angka 12 kW @ 8,000 rpm dan tork 15.7 Nm @ 7,000 rpm.
Sistem suspensi menggunakan fork teleskopik jenis terbalik (USD) untuk bahagian depan dan penyerap hentak tunggal (belakang).
Brek pula menggunakan cakera di bahagian hadapan dan belakang dilengkapi dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) untuk roda depan yang turut memiliki ciri nyahaktif.
Ciri-ciri:
Penghidup elektrik
Tangki bahan api 8 liter
Tinggi pelana 830 mm
Jarak lega bumi 260 mm
Set roda 90/90-19 (depan) 110/90-17 (belakang) bersama rim jenis jejari
Panel meter digital LCD
Lampu depan LED, DRL
Port pengecasan USB Jenis-A
Sistem kunci mekanikal
Pelindung tangan
Pelana anti-gelincir
Berat 132 kg
WMoto Malaysia mengumukkan sudah mula tersedia di semua pengedar sah MForce seluruh negara dengan jaminan tersedia adalah pengeluar selama dua tahun atau jarak perjalanan 20,000 km (yang mana tiba dahulu).







