'DOMINASI Ducati Di MotoGP Akan Berakhir 2025'

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

8/25/20241 min read

DOMINASI pengeluar Itali, Ducati di pentas MotoGP akan berakhir pada musim 2025, kata pelumba ujian KTM, Pol Espargaro.

Ducati ketika ini melakukan dominasi penuh terhadap perlumbaan elit dua roda dunia itu dengan menang 10 daripada 11 pusingan yang ditawarkan dan memiliki kelebihan cukup besar dalam carta kedudukan pengeluar, 389 mata berbanding Aprilia 208 mata.

Begitupun bagi Espargaro, yang kembali merasai nikmat berlumba di MotoGP menerusi aksi 'Wildcard' di Austria menjangkakan ia akan berakhir tak lama lagi atas beberapa sebab.

"Ketika ini, mereka berada di atas hasil kerja keras yang dilakukan mereka sejak bertahun-tahun dan kerana informasi yang mereka ada dan orang lain tidak miliki.

"Tetapi kami bekerja keras, dan saya yakin yang pada tahun depan, dominasi mereka akan berakhir," kata Espargaro memetik laporan AS

"Kami adalah pasukan yang paling kurang bergelut dari sudut perbandingan. Tetapi sebenarnya, sukar untuk bersaing dengan mereka ketika ini," kata Espargaro.

Pada 2025, Ducati sah akan kehilangan sokongan daripada pasukan satalit rasminya Prima Pramac yang bertindak menyertai Yamaha dan bagi Espargaro dari Sepanyol, ia dianggap sebagai kelegaan.

"Mereka berupaya untuk menikmati memiliki lapan jentera dengan agak lama, ketika pihak lain mempunyai dua atau yang paling dekat, empat. Diskaun 50 peratus adalah kegilaan," kata Espargaro.