DOMINASI Ducati, Nicolo Bulega Buat WorldSBK 'Tiada Keterujaan' - Jonathan Rea

elepas 8 pusingan, hanya Bulega dan rakan sepasukannya di pasukan 'kilang' Ducati, Iker Lecuona kekal dalam perebutan kejuaraan dunia WorldSBK dengan rekod kemenangan memihak secara total kepada Bulega menerusi nisbah 23-1

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

7/23/20261 min read

PENGUASAAN jentera Ducati dan pelumba utamanya, Nicolo Bulega menyebabkan kempen WorldSBK Kejuaraan Superbike Dunia (SWBK) musim 2026 'tiada keterujaan', kata pelumba ujian Honda HRC, Jonathan Rea.

Selepas 8 pusingan, hanya Bulega dan rakan sepasukannya di pasukan 'kilang' Ducati, Iker Lecuona kekal dalam perebutan kejuaraan dengan rekod kemenangan memihak secara total kepada Bulega menerusi nisbah 23-1.

Selain itu, pentas podium turut didominasi oleh penunggang satelit Ducati seperti Yari Montella, manakala pelumba pertama menggunakan jentera berbeza di kedudukan kejuaraan ialah Alex Lowes yang sekadar menghuni tangga ke-4 keseluruhan.

Juara dunia enam kali WorldSBK, Jonathan Rea menyifatkan monopoli jentera dari Itali itu menjadikan perlumbaan terlalu mudah diramal, sekali gus membunuh elemen debaran yang sering dinantikan oleh peminat sukan permotoran di seluruh dunia.

"Faktanya sekarang, kejuaraan ini sudah tiada keterujaan. Keadaan ini bukan salah sesiapa dan pujian wajar diberikan kepada Ducati kerana menghasilkan jentera yang sangat luar biasa dan ditunggang dengan begitu cemerlang," kata Rea.

Rea dalam pada itu mengakui pasaran motosikal berkuasa tinggi masa kini sangat mencabar, dan agak mustahil bagi pengeluar motosikal skala besar untuk menghasilkan jentera 'superbike' berprestasi ekstrem secara sekelip mata bagi menyaingi kejuruteraan Ducati.

Tetapi katanya, 'krisis' ini perlu diselesaikan segera bagi memberi harapan kepada pengeluar gergasi lain seperti Honda, Yamaha, atau BMW untuk terus melabur dan kekal bersaing dan menyelamatkan masa depan kejuaraan itu.