DOMINASI Marc Marquez Di Sachsenring

Jaguh Ducati Lenovo, Marc Marquez membuktikan gelaran 'Raja' Sachsenring bukan sekadar kata-kata selepas menjuarai Perlumbaan GP Jerman 2026 yang juga kemenangan ke-10 MotoGP di litar berkenaan

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

7/12/20261 min read

PELUMBA sensasi Ducati Lenovo, Marc Marquez mempamerkan prestasi luar biasa apabila menjuarai Grand Prix (GP) Jerman 2026, hari ini yang menjadi kemenangan ke-10 buatnya di Sachsenring dalam saingan MotoGP.

Bermula dari petak pertama, pelumba kelahiran Sepanyol itu membuktikan gelaran yang dimiliki iaitu 'Raja Sachsenring' bukan omong kosong apabila memimpin perlumbaan dari awal sehingga garisan penamat.

Menemani penyandang juara dunia itu di podium adalah dua pelumba Trackhouse Aprilia, Ai Ogura dan Raul Fernandez selepas dua lagi pelumba Ducati yang memulakan perlumbaan di barisan depan - Alex Marquez (Gresini Ducati) dan Fabio di Giannantonio (VR46 Ducati) berdepan kemalangan.

Dan kemenangan itu sekali gus merapatkan jurang juara dunia 9 kali itu dengan pendahulu kejuaraan, Jorge Martin kepada hanya 18 mata.

Selain perlumbaan utama, Marc Marquez turut menjuarai perlumbaan Sprint, semalam.

Dalam pada itu, pelumba KTM, Pedro Acosta yang bermula dari petak ke-8 berjaya menamatkan saingan di tempat ke-4, manakala Martin berjaya menahan asakan rakan sepasukan Marc Marquez, Pecco Bagnaia untuk meraih kedudukan kelima.

Fabio Quartararo muncul pelumba terbaik Yamaha di tempat ke-7, diikuti Luca Marini (Honda) di tempat ke-8, manakala Enea Bastianini (KTM Tech3) dan Brad Binder (Red Bull KTM) melengkapkan kedudukan 10 pelumba teratas.

Martin kini menerajui kejuaraan dengan kelebihan 14 mata di hadapan Ogura manakala Marquez kini selesa merapati di tangga ketiga dengan pelumba Aprilia, Marco Bezzecchi yang tak beraksi susulan kecederaan jatuh ke tangga ke-4.