DOMIZIA Castagnini Sah 'Ikat' Pecco Bagnaia
SUKAN PERMOTORAN 2 RODA
7/22/20241 min read


JUARA dunia dua kali MotoGP, Francesco Bagnaia mengakhiri zaman bujang dengan mengahwini teman wanitanya, Domizia Castagnini.
Seperti kerap dipaparkan di kaca televisyen, Domizia adalah 'muka biasa' di garaj MotoGP Ducati Lenovo sepanjang kempen berlangsung dan sudah menjadi teman wanita Pecco selama lapan tahun.
Dan ketika saingan berprestij itu sedang mengharungi cuti rehat musim panas, Pecco membuat keputusan untuk berkahwin di Itali dan lokasinya adalah di Pesaro.
Antara tetamu yang hadir di majlis berkenaan termasuklah legenda MotoGP Itali, Valentino Rossi, Luca Marini, Franco Morbidelli, Marco Bezzecchi dan Enea Bastianini.
Turut hadir adalah pemenang pingat emas Olimpik Itali dalam acara lompat tinggi, Gianmarco Tamberi.
Apa yang menarik, Pecco dan Domizia dikatakan akan menyerahkan semua hadiah perkahwinan mereka kepada badan amal membabitkan kanak-kanak.
Pecco yang ketika ini sedang memimpin carta kejuaraan MotoGP akan kembali ke litar di Grand Prix British di Silverstone pada 4 Ogos depan.
