DORNA Umum Jadual Ujian Musim Sejuk MotoGP 2025, Malaysia Kekal, Thai Ganti Qatar!
SUKAN PERMOTORAN 2 RODA
8/31/20241 min read
MALAYSIA kekal menjadi destinasi pertama bagi pelumba-pelumba MotoGP menguji jentera mereka musim depan mengikuti jadual yang diumumkan Dorna Sports bagi ujian musim sejuk 2025.
Seperti tradisinya, ujian bermula sejurus kempen MotoGP 2024 berakhir menerusi ujian di Valencia yang dijadual pada 19 November tahun ini.
Ia kemudian disusuli dengan ujian 'Shakedown' yang membabitkan pelumba-pelumba ujian dan 'Rookie' MotoGP pada musim 2025 yang dijadual pada 31 Januari hingga 2 Februari.
Menariknya, ujian 'Shakedown' di Litar Antarabangsa Sepang Petronas pada tahun depan akan lebih meriah dengan kelibat tiga pelumba 'Rookie' iaitu Ai Ogura, Fermin Adelguer dan Somkiat Chantra.
Selain tiga pelumba berkenaan, pelumba-pelumba daripada Honda dan Yamaha yang diberikan pelepasan konsesi turut akan menyertai sesi ujian selama tiga hari ini.
Dan selepas ujian 'Shakedown', Malaysia sekali lagi menjadi venue kepada ujian pra-musim pertama yang dijadual pada 5 hingga 7 Februari yang menyaksikan para pelumba terutama pasukan kilang menguji jentera spesifikasi terkini setiap pengeluar.
Seperti dijangka, Thailand akan menjadi destinasi terakhir ujian pra-musim yang dijadual pada 12 hingga 13 Februari menggantikan Qatar.
Berikut adalah jadual ujian MotoGP 2025
Valencia: 19 November 2024
Sepang 'Shakedown': 31 Januari - 2 Februari
Sepang: 5 - 7 Februari
Buriram: 12 - 13 Februari
Untuk kategori Moto2 dan Moto3, jadual Ujian Pra-musim 2025 adalah seperti berikut:
Valencia Moto3: 7 – 8 Februari
Valencia Moto2: 9 – 10 Februari
Jerez Moto2 & Moto3: 18 – 20 Februari