DUA Pilihan Warna Baharu Yamaha MT-25 (2024) Di Malaysia, RM 24k!

TERKINI

5/7/20241 min read

YAMAHA Motor Malaysia, hari ini mengumumkan dua pilihan warna baharu untuk model 'Naked' suku liternya, Yamaha MT-25 (2025) yang kini tersedia dengan pilihan warna Midnight Black dan Midnight Cyan.

Dan selaras dengan pengenalan warna baharu itu, pengedar rasminya Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) turut mengumumkan harga baharunya di pasaran tempatan iaitu RM 23,998 (asas).

Seperti biasa, harga yang diumumkan itu tidak termasuk yuran pendaftaran, cukai jalan dan insuran.

Sebagai info, Yamaha MT-25 memasuki pasaran pada suku ketiga 2020 dan kali terakhir pihak HLYM melakukan kemas kini terhadap model berkenaan, ia dijual pada harga asas RM 22,998.

Mengulas ringkas spesifikasi Yamaha MT-25, ia dipadankan dengan enjin bersesaran 249 cc, 2 Silinder, Penyejuk Cecair, Suntikan Bahan Api, DOHC yang digandingkan dengan transmisi 6 kelajuan klac manual.

Kuasa yang dihamburkan adalah 35.1 Hp pada 12,000 rpm dan 22.6 Nm pada 10,000 rpm.

Ciri-ciri menarik lain Yamaha MT-25 adalah penggunaan fork jenis terbalik (USD) di bahagian depan dan penyerap hentak tunggal (belakang) dan brek cakera (depan/belakang) lengkap dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dua saluran.

Dipadankan dengan panel menter jenis digital LCD, informasi lain adalah seperti berat 167 kg, kapasiti tangki bahan api 14 liter, ketinggian pelana 780 mm.

Kepada yang berminat, Yamaha MT-25 (2024) ini akan mula berada di cawangan pengedar HLYM mulai esok (8 Mei 2024).

Seperti biasa, setiap pembelian berpeluang memperoleh kunci cakera eksklusif Yamaha bernilai RM 100.