DUCATI Corse Akui Ujian Di Misano Tak Tak Cukup Nak Bantu Pecco

Selepas memulakan hari pertama GP San Marino dengan baik, Pecco yang juga anak didik Valentino Rossi itu tak berjaya membawa momentum itu pada Sabtu yang menyaksikannya menamatkan Perlumbaan Sprint di tempat ke-13 dan terjatuh ketika Perlumbaan GP

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

9/18/20251 min read

BOS Ducati Corse, Gigi Dall’Igna mengakui ujian rasmi MotoGP di Misano, Itali yang berlangsung selepas Grand Prix (GP) San Marino 2025 pada minggu lalu tak mencukupi untuk memperbaiki isu yang dihadapi pelumba bintangnya, Pecco Bagnaia.

Seperti diketahui, Bagnaia yang juga juara dunia dua kali MotoGP mengharungi kempen sukar pada musim ini dan mungkin paling mengecewakan, menamatkan perlumbaan tanpa sebarang mata di laman sendiri Misano, minggu lalu.

Selepas memulakan hari Jumaat dengan baik, anak didik Valentino Rossi itu tak berjaya membawa momentum itu pada Sabtu yang menyaksikannya menamatkan Perlumbaan Sprint di tempat ke-13 dan terjatuh ketika Perlumbaan GP.

Dan ketika ujian pada Isnin lalu, Bagnaia dikatakan positif dengan apa yang diperolehnya tetapi ia lebih kepada sudut tunggangan dan bukannya ujian terhadap komponen baharu.

Justeru, ia dikatakan tidak mencukupi untuk mengetahui sama ada masalahnya sudah dapat diselesaikan.

"Disebalik dia mengharungi perlumbaan yang baik, lihat kepada catatan masanya, dia tidak mendapat perasaan yang dia peroleh ketika sesi latihan dan kelayakan," kata Dall’Igna ketika sesi bertemu media memetik laporan Crash.net.

"Ujian pada Isnin penting untuk cuba mencari jalan penyelesaian alternatif, tetapi apa yang pasti, kita perlu akuinya, satu hari tidak cukup untuk menyelesaikan situasi yang rumit seperti ini.

"Kami perlu sentiasa peka, termasuk keyakinan kami."