DUCATI Desmo450 MX Sertai Barisan Produksi Di Kilang Borno Panigale!
TERKINI
5/28/20251 min read


DUCATI Desmo450 MX, motosikal yang diposisi dalam segmen motocross pertama jenama pengeluar motosikal Itali itu akhirnya membuat debut ke barisan produksi di kilang pengeluaran Ducati di Borgo Panigale!
Seperti model-model Ducati yang lain, syarikat itu berkata Ducati Desmo450 MX dihasilkan dengan gabungan DNA perlumbaan jenamanya yang terkenal dengan inovasi.
Tampil dengan rekaan 'tipikal' motosikal motocross yang lasak, Ducati Desmo450 MX menggunakan kerangka jenis aluminium ultra-ringan ringan yang bukan saja untuk ketangkasan namun ketahanan.
Nadi kuasa Ducati Desmo450 MX pula dipacu enjin Desmodromic 449.6 cc, 1 Silinder, 4 Injap, Penyejuk Cecair, Suntukan Bahan Api, DOHC bersama transmisi 5 kelajuan klac manual.
Kuasa yang dihamburkan adalah 63.5 Hp @ 9,400 rpm dan tork 53.5 Nm @ 7,500 rpm.
Tiba dengan logo Ducati, Ducati Desmo450 MX tampil dengan sistem Kawalan Cengkaman (Traction Control) yang pertama di dunia yang dikatakan mampu mengukur gelinciran roda belakang dengan tepat tanpa menjejaskan prestasi.
Bos besar Ducati, Claudio Domenicali berkata Ducati Desmo450 MX adalah jentera berprestasi tinggi yang mudah dikendalikan kedua-duanya untuk golongan amatur dan profesional.
Ducati dalam pada itu mengesahkan Ducati Desmo450 MX akan mula tersedia di pasaran Eropah bermula Jun 2025 diikuti global dan Amerika Syarikat pada Julai.
Setakat ini, Ducati Malaysia masih belum buka mulut mengenai kehadiran Ducati Desmo450 MX untuk pasaran tempatan.


