DUCATI Desmosedici GP Dah Cukup Baik, Tak Perlu Terburu-Buru

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

1/25/20251 min read

GIGI Dall’Igna menegaskan jentera Ducati Desmosedici GP milik pengeluar Itali itu sudah pun berada di tahap yang baik.

Justeru, tiada sebab untuk pengeluar Itali itu 'terburu-buru' untuk menjalankan pembangunan khususnya terhadap versi terbaharu GP25.

"Sasarannya mudah, sudah tentu yang laluan yang kami perlu ikut untuk mencapai keputusan ini tidak mudah," kata Pengurus besar Ducati Corse, Dall’Igna memetik laporan Crash.net.

"Begitupun, kami mempunyai idea yang jelas mengenai situasinya. Ada banyak perkara untuk diuji.

"Saya fikir kami perlu sedar yang jentera pada tahun lalu, sejujurnya agak bagus.

"Jadi kami tidak perlu tergesa-gesa untuk meletakkan jentera baharu kami pelbagai perkara. Kami mempunyai banyak perjara dalam perancangan dan kami perlu memilih apa dasar untuk permulaan musim."

Dall’Igna dalam pada itu berkata kedua-dua pelumba ya, Marc Marquez dan Francesco Bagnaia mempunyai maklum balas yang sama mengenai GP25 ketika ujian di Barcelona.

Begitupun, mereka tidak mempunyai masalah untuk mengikuti arahan berbeza daripada kedua-duanya jika diperlukan.

"Pada ujian pertama di Barcelona memberikan komen yang sama terhadap evolusi baharu jentera," katanya.

"Jadi saya agak terkejut mengenai perkara itu tetapi ia bukan masalah yang sebenar untuk kami mengikuti laluan berbeza jika pelumba-pelumba kami bertanya kepada kami mengenai perkara ini."