DUCATI Diavel V4 Edisi Terhad Bentley (2024) Buat Penampilan, Mula RM 340K Terhad 500+50 Unit Seluruh Dunia!
TERKINI
12/12/20231 min read
DUCATI baru-baru ini mengumumkan kerjasama dengan pengeluar kereta mewah dan berprestasi, Bentley untuk menghasilkan model edisi terhad Ducati Diavel V4 Edisi Terhad Bentley (2024).
Selain Ducati Diavel V4 Edisi Terhad Bentley (2024) 'Standard' yang tersedia sebanyak 500 unit, turut dihasilkan adalah Ducati Diavel V4 Bentley Edisi Terhad Mulliner (2024).
Dan sebagai model lebih berprestij, Ducati Diavel V4 Bentley Edisi Terhad Mulliner (2024) yang dilancarkan di Amerika Syarikat ini dihasilkan sebanyak 50 unit sahaja.
Harga jualan yang diumumkan untuk kedua-dua varian berkenaan adalah seperti berikut:
Ducati Diavel V4 Edisi Terhad Bentley (2024): $AS 70,000 Dolar (RM 327,904)
Ducati Diavel V4 Edisi Terhad Bentley Mulliner (2024): $AS 90,000 Dolar (RM 421,592)
Dihasilkan untuk menonjolkan kepakaran kedua-dua jenama ikonik berkenaan, tiada perubahan dari sudut trenkuasa dengan Ducati Diavel V4 Edisi Terhad Bentley/Bentley (2024) kekal dengan enjin Granturismo V4 1,158 cc yang menghasilkan kuasa 168 Hp.
Begitupun dari sudut penampilan, ia mendapat inspirasi daripada Bentley Batur yang juga model Bentley paling berkuasa dan canggih pernah dihasilkan dan dipadankan dengan skema warna menarik British Racing Green.
Lebih menarik, ia turut mendapat 'sentuhan' daripada pereka Bentley yang menyaksikan bahagian saluran udara di bahagian kiri dan kanan dipadankan dengan corak gril yang sama seperti Bentley Batur selain
Sebagai model istimewa, Ducati Diavel V4 Edisi Terhad Bentley (2024) turut dipadankan dengan komponen gentian karbon termasuk bahagian ‘mudguard’, pelindung lampu, ekzos, radiator dan panel sisi.
Untuk Ducati Diavel V4 Edisi Terhad Bentley Mulliner (2024), varian ini lebih eksklusif dan hanya tersedia untuk pelanggan Bentley.
Dan antara keistimewaannya adalah pemilik dapat memilih warna pelana, kaliper depan, komponen gentian karbon dan rim. Lebih menarik, pembeli turut boleh menggunakan skema warna yang sama dengan kereta mereka.
Selain sijil ketulenan, pelana pembonceng dan penutup motosikal, turut tersedia dengan setiap pembelian adalah jaket dan helmet eksklusif 'Capsule Collection'.
Kepada yang tak tahu, Ducati pernah menjalankan kerjasama dengan beberapa pengeluar antaranya Lamborghini dan Audi untuk menghasilkan model terutama edisi terhad.
Menurut Ducati, penghantaran Ducati Diavel V4 Edisi Terhad Bentley (2024) akan mula dibuat pada musim panas tahun depan.