DUCATI Dominasi Perlumbaan 1 WorldSBK Assen
Kejayaan Ducati di Assen diketuai pelumba Aruba.it Racing Ducati, Nicolo Bulega yang menjuarai perlumbaan, rakan sepasukannya Iker Lecuona dan pelumba Marc VDS Ducati, Sam Lowes
SUKAN PERMOTORAN 2 RODA
4/18/20262 min read


PELUMBA sensasi Aruba.it Racing Ducati, Nicolo Bulega mengatasi cabaran cuaca dan rakan sepasukannya, Iker Lecuona untuk melebarkan rekod permulaan sempurna pada Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK) 2026 dengan merangkul kemenangan ketujuh berturut-turut WorldSBK di Assen, Belanda hari ini.
Bermula dari petak pertama, Bulega pada mulanya kelihatan selesa menuju kemenangan apabila mula menjarakkan diri daripada Lecuona menjelang pertengahan perlumbaan.
Tetapi keadaan litar yang tiba-tiba dibasahi hujan memberikan kelebihan buat Lecuona yang pantas merebut peluang itu untuk merapatkan jurang sebelum bertindak memintas Bulega.
Begitupun, keadaan cuaca yang kembali beransur pulih selepas itu membolehkan Bulega kembali melakukan serangan dengan kedua-dua jentera Ducati Panigale V4R mempamerkan aksi dramatik saling bertukar kedudukan pendahulu sebelum Bulega meraih kemenangan.
Penguasaan mutlak Ducati di bumi Belanda itu disempurnakan lagi dengan kejayaan pelumba Marc VDS, Sam Lowes yang mempamerkan keberanian ketika litar basah untuk meraih podium pertamanya musim ini.
Lowes yang bermula di barisan hadapan melintasi garisan penamat di tempat ketiga, ketinggalan tiga saat di belakang Bulega, sementara pelumba Barni Ducati, Alvaro Bautista menamatkan saingan di tempat keempat dengan jurang masa yang sama di belakang pelumba Britain itu.
Pelumba Bimota by KRT, Alex Lowes muncul penunggang bukan Ducati terbaik apabila menamatkan aksi di tempat kelima, diikuti wakil Yamaha, Andrea Locatelli yang mengetuai sekumpulan besar pelumba di kedudukan keenam.
Kelompok itu turut disertai pelumba BMW, Miguel Oliveira di tempat ketujuh.
Begitupun, nasib malang bagaimanapun menimpa rakan sepasukan Oliveira, Danilo Petrucci. Bermula dari petak keempat, Petrucci dikenakan penalti 'long lap' berganda akibat kesilapan 'jump start'.
Keputusan Perlumbaan 1 WorldSBK Assen 2026
Nicolo Bulega (ITA) Aruba.it - Ducati, Win
Iker Lecuona (ESP) Aruba.it - Ducati, +1.618s
Sam Lowes (GBR) ELF Marc VDS Racing Team, +2.923s
Alvaro Bautista (ESP) Barni Spark Racing Team, +6.376s
Alex Lowes (GBR) bimota by Kawasaki Racing Team, +11.775s
Andrea Locatelli (ITA) Pata Maxus Yamaha, +17.167s
Miguel Oliveira (POR) ROKiT BMW Motorrad Team, +18.163s
Lorenzo Baldassarri (ITA) Team Goeleven, +18.55s
Tarran Mackenzie (GBR) MGM Optical Express Racing, +18.591s
Xavi Vierge (ESP) Pata Maxus Yamaha, +18.779s
Yari Montella (ITA) Barni Spark Racing Team, +18.928s
Axel Bassani (ITA) bimota by Kawasaki Racing Team, +19.198s
Tommy Bridewell (GBR) Superbike Advocates, +20.971s
Remy Gardner (AUS) GYTR GRT Yamaha Team, +22.646s
Alberto Surra (ITA) Motocorsa Ducati, +23.884s
Garrett Gerloff (USA) Kawasaki Team, +25.213s
Jonathan Rea (GBR) Honda HRC, +41.459s
Danilo Petrucci (ITA) ROKiT BMW Motorrad Team, +44.126s
Stefano Manzi (ITA) GYTR GRT Yamaha Team, +50.165s
Bahattin Sofuoglu (TUR) Motoxracing Team, +50.73s
Twan Smits (NED) Team Apreco, +51.822s
Mattia Rato (ITA) Motoxracing Team, +52.858s

