DUCATI GP25 Di Sepang Lebih Baik Dari GP25 Barcelona - Marc Marquez

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

2/5/20251 min read

MARC Marquez yang mengenakan sut lumba dan jentera Ducati Lenovo yang 'lengkap' ketika ujian pra-musim MotoGP di Sepang yang bermula, hari ini menamatkan sesi sebagai pelumba kedua terpantas.

Beraksi menggunakan jentera Ducati GP23 pada musim lalu di Gresini Ducati, juara dunia lapan kali itu menguji Ducati GP24 dan GP25 ketika ujian di Barcelona pada November tahun lalu.

Kembali melakukan ujian di Sepang dengan Ducati GP25, pelumba kelahiran Sepanyol itu mengakui versi yang ditunggangnya hari ini lebih baik berbanding di Sepanyol.

"Sejak daripada ujian pertama saya sudah merasa cukup baik dengan jentera, seperti saya tidak mengharungi dua bulan tanpa menunggang jentera MotoGP," kata Marquez memetik laporan Crash.net.

"Ia menjadikan semua perkara mudah kerana apabila kamu mendapat perasaan itu, kamu akan lebih tepat dalam memberikan komen dan kini ia adalah perkara yang amat penting kerana kami mencuba banyak perkara.

"Hari ini, sebagai contoh, keutamaan kami adalah di bahagian enjin, seperti pengeluar lain, kerana sejurus kami melakukan homologasi enjin kami perlu mengekalkannya sepanjang tahun.

"Kami cuna fokus mengenai perkara itu. Perkara yang amat positif adalah saya dan Pecco (Bagnaia) mempunyai komen yang sama sekali lagi.

"Dalam pasukan, kedua-dua pelumba mula bekerja dengan arah yang berbeza tetapi cuba untuk mendapatkan sasaran yang sama. Langkah demi langkah kami cuba untuk mencari keseimbangan jentera ini kerana kadang kala apabila kamu menggunakan jentera yang baharu di litar kamu akan merasa beberapa masalah, tetapi pasukan melakukan pembaikan dengan cara yang baik.

"Asasnya, konsep jentera untuk pelumba adalah apabila kamu menunggang ia adalah lebih atau kurang sama. Ada beberapa perbezaan (dengan jentera pada November).

"Benar mereka mula untuk memperbaiki masalah. Ia lebih baik berbanding Barcelona, tetapi jentera 2024 adalah jentera yang ada di sama, mereka menunggangnya selama setahun dan kamu menghidupkannya dan ia berjalan dengan baik."