Bersesaran 659 cc, 1 Silinder, 4 Injap, Suntikan Bahan Api, Penyejuk Cecair, ia adalah enjin yang dihasilkan dengan teknologi MotoGP dan Ducati Panigale V4 R.
Digandingkan dengan transmisi 6 kelajuan klac manual lengkap dengan klac 'Slipper' dan sistem 'Quicshifter', kuasa yang dihasilkan adalah 77.5 Hp pada 9,750 rpm dan tork 63 Nm pada 8,000 rpm.
Dan untuk sesiapa yang merasakan angka itu tak mencukupi, Ducati turut memberikan pilihan ekzos Termignoni yang boleh meningkatkan kuasa Ducati Hypermotard 698 Mono (2024) ini kepada 85 Hp.
Sekalipun penampilannya agak sama dengan 'abang besar' Ducati Hypermotard 950 yang menggunakan kerangka 'Steel Trellis' dengan 'Swingarm' sebelah, Ducati Hypermotard 698 Mono (2024) menggunakan 'steel tube Trellis' bersama lengan ayun aluminium berkembar).
Selain itu, Ducati Hypermotard 698 Mono (2024) juga tidak dipadankan dengan brek cakera berkembar (depan) namun tunggal yang memberikannya kelebihan iaitu ringan dengan berat 151 kg (kering) bersama tangki bahan api 11 liter.
Antara yang diberikan perhatian kepada Ducati Hypermotard 698 Mono (2024) adalah di bahagian suspensi apabila ia dipadankan dengan sistem cukup premium iaitu fork depan jenis terbalik (USD) jenama Marzocchi (boleh laras sepenuhnya dan penyerap hentak tunggal (belakang) juga dengan ciri boleh laras.
Set roda adalah 120/70-17 (depan) dan 160/60-17 (belakang) dengan sistem brek dijana cakera tunggal 330 mm dengan kaliper Brembo M4.32 (depan) dan cakera 240 mm (belakang).
Sebagai model memakai lencana Ducati, Ducati Hypermotard 698 Mono memiliki empat mod tunggangan iaitu 'Sport, Road, Urban, Wet' yang masing-masing memiliki pemetaan tersendiri.
Turut dipadankan dengan pelbagai ciri bantuan elektronik seperti 'Kawalan Wheelie', Kawalan Slide, Sistem Brek Anti-Kunci ABS yang turut mempunyai tetapan yang berbeza. Dan kesemua tetapan boleh dibuat menerusi panel meter LCD bersaiz 3.8 inci.